Tumpuan :
Nasional

Lebih sejam Bomba pujuk remaja lelaki

FOTO: Ihsan Bomba

SUBANG: Pasukan Bomba dan Penyelamat (JBPM) berjaya memujuk seorang remaja lelaki cuba terjun dari tingkat tiga sebuah kondominium di Bandar Sunway di sini.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Morni Mamat berkata, pihaknya menerima panggilan kejadian pada 12.23 tengah malam.

Menurutnya, sebuah jentera dengan kekuatan 11 pegawai serta anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Subang Jaya dikejarkan ke lokasi dan tiba tujuh minit kemudian.

“Pasukan mendapati terdapat seorang lelaki tempatan berusia 18 tahun berada di tepi tingkap di tingkat tiga kondominium berkenaan.

“Anggota kemudian menjalankan usaha memujuk remaja terbabit sebelum berjaya diselamatkan pada jam 2.10 pagi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Jika anda memerlukan bantuan berkaitan kesihatan mental, tolong hubungi:

Talian Kasih
Tel: 15999 (24 Jam), +60192615999 (WhatsApp)

Befrienders
https://www.befrienders.org.my/
Tel: +60376272929 / +60379568145 (24 Jam)

Persatuan Kesedaran dan Sokongan Penyakit Mental
https://miasa.org.my/
Tel: +60379321409 / +60192362423

Loading...
Terkini