Tumpuan :
Nasional

Lebih 700 peluru ditemukan dalam sampah

Oleh: Selwam Arjunan

BAYAN LEPAS: Lebih 700 butir peluru ditemukan dalam sebuah beg di tempat pembuangan sampah pangsapuri di Bukit Jambul, di sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Abdul Rozak Muhammad berkata pihaknya menerima maklumat berhubung penemuan beg itu daripada orang awam pada jam 1.40 petang.

“Hasil siasatan pihak polis di tempat kejadian mendapati sebuah beg yang mengandungi sejumlah peluru hidup dan peluru kosong jenis kaliber .22 telah ditinggalkan di tempat pembuangan sampah pangsapuri tersebut oleh individu yang tidak dikenali.

“Pihak polis memandang serius terhadap kes ini dan sedang menjalankan siasatan dari pelbagai sudut.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 8(a) Akta Senjata 1960,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambahnya, orang awam yang mempunyai maklumat mengenai kes ini diminta tampil membantu siasatan dengan menghubungi Pegawai Penyiasat Kes, Inspektor Nurul Aishah Izati Zaidi di talian 011-2154 4465.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini