comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 7 juta pelancong asing masuk Malaysia sejak Januari

Foto hiasan

KUALA LUMPUR: Seramai 7,560,642 pelancong asing direkodkan memasuki Malaysia dari Januari hingga April tahun ini.

Menteri Pelancongan, Datuk Seri Tiong King Sing berkata, jumlah itu meningkat sebanyak 27.5 peratus jika dibandingkan dengan tempoh yang sama, tahun lalu.

Katanya pada tahun 2023, sebanyak 20,141,846 pelancong asing ke Malaysia manakala sejumlah 10,070,964 dicatatkan pada 2022.

“Untuk tempoh Januari hingga April, Thailand menjadi negara ASEAN yang mencatatkan ketibaan pelancong asing tertinggi iaitu seramai 12,127,447, diikuti Vietnam (6,199,331), Singapura (5,709,110) dan Indonesia (4,098,714).

“Suku pertama 2024, jumlah pendapatan pelancong yang dijana adalah sebanyak RM22.23 bilion, meningkat sebanyak 66 peratus berbanding suku tahun pertama 2023. Pada tahun 2023 (RM71.31 bilion) dan 2022 (RM28.23 bilion),” katanya dalam jawapan bertulis bagi menjawab soalan Yeo Bee Yin (PH-Puchong).

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini