comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 6,000 isi rumah di Sabah miskin tegar

Oleh  Fatin Hanani Sahimi & Syafiqah Damanhuri

KUALA LUMPUR: 38 peratus atau 6937 isi rumah di Sabah dilaporkan berada dalam kategori miskin tegar.

Berdasarkan laporan survei pendapatan perbelanjaan isi rumah dan kemudahan asas, HIES 2022 jumlah itu adalah daripada 18 ribu 445 isi rumah seluruh negara.

Menurut laporan itu, lapan daripada 10 daerah termiskin di seluruh negara direkodkan di Sabah.

“Paling tinggi di Tongot 5.9%, Beluran 5%, pitas 4.8%, Kinabatangan 4.6%, Kota Marudu 4%, Tuaran 2.6%, Ranau 2.4%, Lahad Datu 2.4%.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Seri Bung Moktar Radin mengenai langkah-langkah menoktahkan kemiskinan tegar di Sabah.

Kadar kemiskinan tegar untuk negara telah berkurang dari satu peratus pada 2020, kepada 0.2  peratus atau bersamaan 18,445 isi rumah di seluruh negara.

Bagaimanapun keadaan itu berbeza di Sabah dimana kos adalah lebih tinggi dari seluruh negara.

Jelasnya berdasarkan purata pendapatan Garis Kemiskinan (PGK) makanan di Sabah juga lebih tinggi iaitu sebanyak RM1218 sebulan berbanding kadar nasional sebanyak RM1198.

Tegasnya dalam usaha membasmi kemiskinan tegar negara memerlukan  infrastruktur pembasmian di peringkat nasional dan disusuli dengan program-program khusus di setiap daerah.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini