comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 30 tahanan SOSMA dikaitkan GISBH masih disiasat – KPN

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di Putrajaya hari ini.

Oleh: Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin

PUTRAJAYA: Polis masih menjalankan siasatan lanjut terhadap lebih 30 individu yang dikaitkan dengan Global Ikhwan Services and Business Holdings (GISBH) dan ditahan di bawah Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-langkah Khas) (SOSMA) 2012.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain tidak menolak kemungkinan untuk mendakwa individu tersebut setelah siasatan selesai.

“Kita tangkap di bawah SOSMA lebih kurang 60 orang tetapi selepas itu, apabila kita berurusan dengan pihak Jabatan Peguam Negara (AGC) dan keterangan yang ada, kita dapat menuduh 22 orang.

“Baki (yang ditahan bawah SOSMA), yang mana belum habis lagi (siasatan), kita buat siasatan lanjut, (tempoh tahanan) SOSMA kita panjang,” katanya ketika ditemui selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri (KDN), di sini hari ini.

Pada masa sama, beliau berkata, polis juga sedang mengesan baki ahli atau individu yang dikaitkan GISBH.

“Masih ada siasatan lagi, (ahli) yang masih hidup pun ada, kita masih mencari lagi,” katanya.

Hari ini, Ketua Pegawai Eksekutif GISBH, Datuk Nasiruddin Mohd Ali bersama 21 yang lain, didakwa di Mahkamah Sesyen Selayang, ibu negara atas tuduhan menjadi ahli kumpulan jenayah terancang.

Turut didakwa ialah isteri Nasiruddin iaitu Datin Azura Md Yusof Hasnan, 57 dan anak bekas pengasas Al Arqam, Ashaari Muhammad iaitu Mohammad Adib At-Tamimi, 32.

Individu lain yang didakwa ialah Mohd Shukri Mohd Noor, 53; Muhammad Afdaluddin Latif, 34; Mohamad Sayuti Omar, 35; Mohd Fazil Md Jasin, 57; Mohd Dhirar Fakhrur Razi, 34; Mokhtar Tajuddin, 60; Muhammad Fajrul Islam Khalid, 28; Abu Ubaidah Ahnad Shukri, 34; Shuhaimi Mohamed, 56; Hasnan Abd Hamid, 53; dan Muhammad Zahid Azhar @ Nadzri, 51.

Turut dituduh ialah Khalilatul-Zalifah Mohammad Jamil, 27; Nur Jannah Omar, 32; Hamimah Yakub, 72; Asmat @ Asmanira Muhammad Ramly, 44; Nurul Jannah Idris, 28; Siti Salmiah Ismail, 57; Siti Hajar Ismail, 51; dan Mahani Kasim, 54.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini