BUKIT JALIL: Lebih 230,000 orang hadir sepanjang tiga hari Program Setahun Bersama Kerajaan Madani yang berakhir semalam di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ), menurut sekretariat penganjur.
Jumlah kehadiran pada program yang menghimpunkan 102 perkhidmatan melibatkan 36 reruai kaunter di lokasi strategik itu menunjukkan ia berjaya mencapai matlamat mempromosikan dasar serta inisiatif kerajaan.
Genap setahun pentadbiran kerajaan perpaduan, penganjuran program berkenaan tepat pada masanya kerana memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sendiri prestasi setiap kementerian dan mengutarakan cadangan penambahbaikan.
Pendekatan program sebegini yang menghimpunkan semua kementerian “di bawah satu bumbung” dapat menjimatkan masa orang ramai untuk mendapatkan pelbagai perkhidmatan di satu lokasi.
Selain itu, penganjuran Jualan Mega Madani yang menawarkan harga barangan 30% lebih murah daripada harga pasaran turut membantu menjimatkan kos perbelanjaan orang ramai.
Tawaran lain yang menjadi tumpuan termasuk diskaun saman trafik oleh polis dan penukaran topi keledar lama oleh Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).
Bertitik tolak daripada kejayaan cemerlang itu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan program serupa akan diteruskan pada peringkat negeri, dengan Selangor menjadi tuan rumah pertama penganjuran pada Januari depan.
Penganjuran program ini di setiap negeri akan memberi peluang kepada penduduk tempatan membuat penilaian mengenai kerajaan perpaduan selain menambah baik laporan pencapaian setiap kementerian.
Perdana menteri ketika berucap pada majlis penutupan program berkenaan menzahirkan penghargaan kepada semua pihak terlibat dan menyatakan ia dilaksanakan dengan jayanya hasil usaha padu jemaah pimpinan masyarakat Madani.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Inisiatif MADANI Afiat, hampir 3,000 penduduk disaring
- Konsep MADANI meliputi kepentingan pelbagai kaum, agama
- Kerajaan stabil, kerjasama antara parti kukuh – PM
- [VIDEO] Persiapan giat dilakukan sempena Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
- Diskaun saman polis di Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI
- Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI wadah rakyat fahami halatuju pentadbiran negara
- Program Setahun Bersama Kerajaan MADANI akan dianjurkan bulan depan