comscore
Tumpuan :
Nasional

Lebih 20 kejadian pokok tumbang di Pulau Pinang

Oleh: Selwam Arjunan 

GEORGE TOWN: Hujan lebat dan ribut yang melanda sejak tengah malam tadi menyebabkan lebih 20 kejadian pokok tumbang di bahagian pulau.

Majlis Bandaraya Pulau Pinang MBPP berkata kesemua laporan kejadian itu diterima petugas aduan hotline dalam tempoh antara jam 1 hingga 7 pagi tadi.

Kawasan yang terjejas ialah Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu di persimpangan kondominium N-Park, hadapan stesen minyak Petron Jalan Sultan Azlan Shah, Relau, Batu Maung, Persiaran Bukit Jambul, Solok Bukit Jambul dan Jalan Sungai Dua.

Juga terdapat pokok tumbang di Jalan Tun Dr Awang Bayan Lepas, Bayan Baru, Cangkat Minden, Kolej Vokasional Batu Lanchang, Jalan Bukit Balik Pulau dan Jalan Bukit Gambir.

Tindakan telah diambil di kesemua 20 lokasi tersebut oleh anggota skuad pantas MBPP sehingga kerja-kerja pembersihan selesai dan selamat digunakan orang awam.

Sementara itu, ADUN Bayan Lepas, Datuk Azrul Hahathir Aziz berkata berlaku banyak kejadian pokok tumbang dan dahan pokok patah di kawasan Bayan Lepas.

Beberapa buah kenderaan dikatakan ditimpa pokok tumbang dan dahan patah menyebabkan kerosakan kecil.

Bagaimanapun, ia tidak melibatkan kecederaan atau kehilangan nyawa.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini