Tumpuan :
Nasional

Lebih 15,000 sertai PM dalam Majlis Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia

Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersama lebih 15,000 umat Islam menghadiri Program Selawat dan Munajat Perdana di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam ini.

Majlis dimulakan dengan solat maghrib berjemaah dipimpin Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, disusuli program selawat dan qasidah oleh Syabab EI-Mustofawiyah yang menjadi johan festival qasidah tahun lepas.

Antara tokoh yang hadir bersama-sama memberikan ceramah dan juga tausiyah pada malam itu ialah pendakwah Habib Ali Zaenal Abidin Abu Bakar.

Selain itu, program berkenaan turut menampilkan tokoh agama antaranya johan qari antarabangsa Amirahman Abbas dan Sheikh Razak al-Masri yang akan bersama-sama mengalunkan selawat.

Program Selawat dan Munajat Perdana untuk Malaysia ini dianjurkan oleh Pertubuhan Dai Kuala Lumpur dengan kerjasama Pejabat Perdana Menteri dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Loading...
Terkini