Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai lebih 10,000 hadir pada Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra, di sini hari ini. pic.twitter.com/8XW4umEj9A
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 26, 2023
Oleh Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyertai lebih 10,000 hadir pada Majlis Ilmu Madani di Masjid Putra, di sini hari ini.
Majlis itu menampilkan Bekas Mufti Agung Mesir Prof. Dr. Ali Jumuah dan Pengasas serta Pengetua Dar Al Mustafa,Tarim,Yaman Habib Umar Muhammad.
Majlis bermula dengan bacaan Maulid seterusnya solat maghrib berjemaah bersama Datuk Seri Anwar.
Kedua-dua tokoh ulama terbabit turut dijadual menyampaikan ucapan dalam majlis terbabit.
Difahamkan jalan menuju ke Masjid Putra juga sesak berikutan kehadiran orang ramai ke program itu.
Datuk Seri Anwar dalam hantaran di Facebooknya sebelum ini berkata majlis ilmu seperti ini akan menambahkan barakah dan kefahaman dalam agama melalui perkongsian ilmu yang akan disampaikan oleh kedua-dua ulama ulung berkenaan.