Tumpuan :
Nasional

Lebih 10,000 Meriahkan Sambutan Hari Malaysia Peringkat Negeri Sarawak

BINTULU: Lebih 10,000 pengunjung memeriahkan sambutan Hari Malaysia peringkat negeri Sarawak di tapak Lapangan Terbang Lama Bintulu, di sini, malam ini.

Majlis bermula jam 8 malam itu dimulakan dengan persembahan kesenian dan kebudayaan oleh artis tempatan dan jemputan serta penyanyi terkenal antaranya Datuk M. Nasir, Andi Bernadee (Sabah), Ramles Walter, Florence Lo, Claudia Geres, Safar Ghafar, Sazia Selir dan Max Kueh.

Menteri Pemodenan Pertanian dan Pembangunan Wilayah,Datuk Seri Dr Stephen Rundi Utom, dalam ucapannya, berkata jumlah yang hadir adalah melebihi 10,000 orang berbanding jangkaan 5,000 orang oleh penganjur sambutan bertemakan ‘Keluarga Malaysia Teguh Bersama’.

Tetamu kehormat majlis sambutan tersebut adalah Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Abdul Taib Mahmud serta isteri Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Turut hadir Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg serta isteri Puan Sri Juma’ani Tun Tuanku Bujang serta dif-dif kehormat yang lain.

Kemuncak sambutan diakhiri dengan pertunjukan bunga api berirama.-BERNAMA

Loading...
Terkini