comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Lawatan rasmi PM ke Kaherah jana potensi eksport RM4.8 bilion

Oleh: Azwaliza Azman

KAHERAH: Lawatan rasmi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ke Mesir berjaya mengukuhkan hubungan dua hala Kuala Lumpur-Kaherah, sekali gus menjana potensi eksport bernilai RM4.8 billion untuk Malaysia.

Keakraban kedua-dua negara juga berada tahap terbaik, tatkala hubungan diplomatik mencecah 65 tahun.

Perdana Menteri tiba di Kaherah 9 November lalu atas jemputan Presiden Mesir, Abdel Fattah El-Sisi.

Pelbagai isu menjadi topik perbincangan dua hala dan ia turut menjurus kepada isu serantau terutama kekejaman Israel di Palestin.

“Kita bincang soal Gaza, saya ucap terima kasih kerana kerjasama oleh kerajaan Mesir untuk mudahkan bantuan kemanusiaan, walaupun dihalang Israel ketika ini,” katanya ketika ditemui semalam di sini, selepas menamatkan lawatan rasmi empat hari di Mesir.

Kedua-dua pemimpin turut menyertai Sidang Kemuncak Luar Biasa Negara Arab-Islam di Riyadh, Arab Saudi bagi menyuarakan pandangan serta mengemukakan usul berhubung isu Palestin.

Selain di Lubnan yang turut memberi tempias kepada Malaysia dengan enam anggota Pasukan Batalion Malaysia (MALBATT) yang menyertai misi Pasukan Interim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu, UNIFIL tercedera.

“Pasukan tentera kita yang datang atas undangan UNIFIL dan untuk menjaga keselamatan kawasan itu, itu pun menerima tempias tanpa rasa sedikit bersalah atau memohon maaf. Demikian lah ketempangan sistem yang ada di dunia sekarang,” tambahnya.

Selaku antara pengasas, Mesir juga menyokong kuat penyertaan Malaysia dalam BRICS.

Perdana Menteri turut mempengerusikan mesyuarat meja bulat yang dihadiri kira-kira 60 pemimpin industri dan perniagaan dari 47 syarikat serta persatuan perniagaan utama di Mesir bersama 40 wakil dari 20 syarikat Malaysia

Ini merupakan kunjungan kali kedua Datuk Seri Anwar ke Mesir sejak lawatan pertama Oktober tahun lalu.

Lawatan Perdana Menteri telah melakar sejarah penting dalam hubungan diplomatik di antara Malaysia dan Mesir selama 65 tahun, ia bukan sahaja telah memperkukuhkan kerjasama pelbagai bidang malah pendirian sama memperjuangkan isu serantau membabitkan keganasan Israel.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini