comscore
Tumpuan :
Nasional

Lawatan khas Sheikh Al-Azhar ke Malaysia

PUTRAJAYA:  Prof Dr Ahmad Muhammad Al Al-Tayyeb, Sheikh Al-Azhar Al Sharif akan mengadakan lawatan khas ke Malaysia  dari 2 hingga 5 Julai 2024 atas undangan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menurut kenyataan media Kementerian Luar Negeri hari ini, sempena lawatan itu, Sheikh Ahmad akan mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri di Sri Perdana.

Kedua-dua pihak akan mengadakan perbincangan mengenai usaha meningkatkan kerjasama di antara Malaysia dan Republik Arab Mesir terutamanya dalam bidang hal ehwal Islam dan pendidikan

Menurut kenyataan itu lagi, Sheikh Azhar juga dijadualkan untuk menghadiri dan memberi ucapan di ‘Majlis Ilmu Madani Distinguished Speaker Series’ di Seri Perdana.

Sebagai tanda penghargaan di atas sumbangan beliau kepada pemikiran dan pembangunan Islam, Sheikh Azhar akan dianugerahkan Ijazah Doktor Kehormat oleh Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dalam satu upacara khas di Kuala Lumpur.

Lawatan Sheikh Azhar membuktikan pertalian erat dan kerjasama rapat di antara kedua-dua negara dalam usaha membangunkan  umat Islam yang progresif dan dinamik, kata kenyataan itu lagi

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini