Tumpuan :
Nasional

Laung azan Maghrib empat minit awal, pengurusan masjid mohon maaf

KUALA LUMPUR: Pengurusan Masjid Prima Saujana Kajang di sini, memohon maaf kepada jemaah kerana melaungkan azan Maghrib empat minit lebih awal sebelum masuk waktu sebenar pada semalam kerana masalah teknikal.

Nazir Masjid Prima Saujana Kajang, Mohamad Asri Harun, dalam satu kenyataan, berkata jemaah yang bergantung semata-mata pada laungan azan Maghrib dari Masjid Prima Saujana Kajang untuk berbuka puasa pada hari berkenaan, puasa mereka adalah terbatal serta perlu diganti atau diqada.

“Pihak masjid sudah merujuk perkara berkenaan kepada Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) dan segala kesulitan amat dikesali,” katanya.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini