Tumpuan :
Nasional

Latih 10,000 pekerja PKS jadi penyelaras keselamatan, kesihatan pekerjaan

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim.

Oleh: Mas Zharif Zhafri Aziz Desa

KUALA LUMPUR: Kerajaan akan melatih lebih 10,000 pekerja Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) secara percuma di seluruh negara dalam Program Latihan Penyelaras Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (OSH-C).

Ia bertujuan membantu menyediakan latihan percuma kepada majikan PKS mempunyai seorang pekerja terlatih sebagai OSH-C berdaftar atau penyelaras keselamatan.

Menteri Sumber Manusia, Steven Sim berkata, ia merupakan keperluan yang diwajibkan dibawah Akta Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (Pindaan) 2022.

“Setiap syarikat perlu ada seorang kordinator OSH, dan kita faham mungkin syarikat kecil itu mungkin mereka rasa ada kos tambahan, nak pergi kursus tu sekurang-kurangnya RM1,000 seorang. Jadi kita tawarkan secara percuma,” katanya selepas Majlis Pra Pelancaran Sidang Kemuncak Keselamatan dan Kesihatan ASEAN (ASEAN OSH) 2025 ibu negara, hari ini.

Sementara itu, Sim berkata, lebih 11,000 pemberi pertolongan cemas kesihatan mental pekerjaan direkodkan tahun lalu, berbanding sasaran awal 10,000 orang.

Ujarnya, kesihatan mental di tempat kerja perlu diberi perhatian memandangkan konsep keselamatan dan kesihatan pekerjaan tidak hanya terhad kepada isu-isu keselamatan fizikal malah melibatkan mental.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini