comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Larangan kenderaan berat pada waktu puncak Aidilfitri

PETALING JAYA: Sempena Hari Raya Aidilfitri, Kementerian Pengangkutan (MOT) menguatkuasakan larangan pemanduan ke atas kenderaan barangan (road-ban) pada waktu puncak iaitu 20 dan 21 April 2023 (sebelum perayaan) serta pada 24 dan 25 April 2023 (selepas perayaan).

Menurut Kementerian Pengangkutan dalam satu kenyataan media, penguatkuasaan ini adalah sebagai salah satu inisiatif bagi mengelakkan kesesakan lalu lintas dan secara tidak langsung mengurangkan risiko nahas jalan raya.

Turut dikuatkuasa, penurunan had laju kebangsaan yang akan dilaksanakan bersama-sama penguatkuasaan ‘road-ban’ tersebut.

Menurut Perintah Had Laju Kebangsaan dan Perintah Had Laju Tempatan, had laju kenderaan motor diturunkan kepada 80 km sejam di seluruh negara.

Dalam pada masa sama, bagi memastikan pemandu mematuhi peraturan yang sudah ditetapkan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) turut akan melaksanakan penguatkuasaan yang ketat di seluruh negara.

Pemandu kenderaan yang bakal pulang ke kampung halaman musim perayaan ini dinasihati untuk sentiasa memandu dengan cermat dan memastikan aspek keselamatan menjadi keutamaan semasa memandu.

Loading...
Terkini