comscore
Tumpuan :
Nasional

Laporan LKAN hanya dibahaskan selepas PAC selesai lakukan siasatan – Ketua Penerangan PAS

Oleh Shuhadah Marzuki

PETALING JAYA: Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) hanya perlu membentangkan Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) selepas selesai menyiasat serta meneliti maklumat dan dapatan.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khairudin berkata tidak timbul isu memboikot perbahasan berhubung dapatan dalam KLAN.

Ini kerana Perikatan Nasional (PN) bersetuju dengan kenyataan Ketua Whip Takiyuddin Hassan supaya semua pihak menyokong kerajaan agar dapatan audit dan syor terkandung dalam laporan itu diambil tindakan.

“Tidak timbul berkenaan dengan boikot kerana pada hakikatnya kami bersetuju dengan laporan Ketua audit Negara dan sekiranya laporan itu telahpun telah disahkan sahih maka tindakan boleh diambil oleh SPRM, PDRM dan mana mana agensi yang terbabit, katanya.

Khairil Nizam berkata demikian ketika dihubungi buletintv3.my sebentar tadi.

Tambah Khairil, ahli parlimen yang mempunyai kekeliruan atau hujah berhubung laporan itu boleh menyampaikannya melalui anggota PAC yang dilantik daripada parti mereka.

Tambahnya lagi, PAC juga berhak memanggil siapa sahaja untuk mendapatkan jawapan jelas sebelum membentangkan hasil dapatan itu di Parlimen.

Loading...
Terkini