Ikuti laporan langsung kronologi sekitar pendakwaan terhadap Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor pada Selasa, 18 Julai 2023, di Mahkamah Sesyen Selayang.
Fakta yang perlu anda tahu:
- Sanusi ditahan polis di bilik penginapannya di sebuah hotel di ibu negara sekitar jam 3 pagi.
- Berdepan dua pertuduhan membuat kenyataan menghasut dan berkecenderungan membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
11:15 pagi: Sanusi meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang pada 11:11 pagi. Beliau sempat turun bertemu penyokong yang menunggunya di luar mahkamah.
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meninggalkan perkarangan Mahkamah Sesyen dan Majistret Selayang pada 11:11 pagi, lalu berhenti di pintu pagar utama untuk turun bertemu penyokong yang menunggunya di luar mahkamah.@BuletinTV9 @BuletinTV3 pic.twitter.com/afqGHPcPZH
— Fahiz Ariff (@fahizNewsMPB) July 18, 2023
11:05 pagi: “Berikan hujah balas kepada perbincangan kita tetapi oleh kerana kita ada kerajaan yang takut, dia guna polis untuk tahan atau sekat ucapan kita,” kata Sanusi pada sidang media selepas selesai prosiding pendakwaan kesnya.
10:39 pagi: Sanusi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua; melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut dengan menyebut perkataan yang mempunyai kecenderungan untuk membangkitkan perasaan tidak setia terhadap mana-mana Raja.
Berita lanjut: Sanusi mengaku tidak bersalah atas pertuduhan kedua
SANUSI MENGAKU TIDAK BERSALAH ATAS PERTUDUHAN KEDUA
Pertuduhan mengeluarkan kata-kata menghasut berhubung isu penubuhan Kerajaan Perpaduan dalam satu ceramah politik, minggu lalu.@BuletinTV3 pic.twitter.com/qJ2fr2m2sY
— Juliana Sharin (@julianaNewsMPB) July 18, 2023
9:33 pagi: Sanusi mengaku tidak bersalah atas dakwaan melakukan perbuatan yang mempunyai kecenderungan menghasut.
Berita lanjut: Sanusi mengaku tidak bersalah buat kenyataan hasutan terhadap raja
Sanusi mengaku tidak bersalah.
Pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Hasutan 1948 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 4(1) akta sama yang membawa hukuman denda sehingga RM5,000 atau penjara maksimum tiga tahun atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) July 18, 2023
8:55 pagi: Datuk Seri Muhammad Sanusi tiba di Mahkamah Sesyen Selayang untuk berdepan pertuduhan mengikut Akta Hasutan 1948.
Berita lanjut: Sanusi tiba di mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor tiba di Kompleks Mahkamah Selayang jam 8.55 pagi tadi.@BuletinTV9 @BuletinTV3 pic.twitter.com/GJOL9nmw2C
— Fahiz Ariff (@fahizNewsMPB) July 18, 2023
Artikel berkaitan: Polis ketatkan kawalan di Mahkamah Selayang
8:50 pagi: Peguam Datuk Shaharuddin Ali yang mewakili MB Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor hadir di Mahkamah Sesyen Selayang.
8:30 pagi: PAS Pusat keluar kenyataan meminta semua ahli dan penyokong parti itu bertenang dan hormati proses undang-undang susulan penahanan MB Kedah.
Berita lanjut: PAS minta penyokong bertenang
7:00 pagi: Petugas media mula berkumpul di pintu pagar bangunan mahkamah untuk membuat liputan kes. Perkarangan mahkamah turut dikawal anggota polis.
Berita lanjut: Mahkamah Selayang jadi tumpuan media
2:30 pagi: Sanusi ditahan sepasukan polis di sebuah hotel di Mont Kiara. Beliau kemudian dibawa ke Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak untuk disiasat di bawah Seksyen 4 (1)(A) Akta Hasutan 1948.
Berita lanjut: MB Kedah ditahan polis
Artikel berkaitan: Sanusi ditahan jam 3 pagi di ibu negara