Tumpuan :
Nasional

Laporan awal nahas Jeju Air didedahkan Isnin depan

 

Bangkai pesawat Jeju Air yang terbakar di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan. -FOTO: Reuters

SEOUL: Kementerian Pengangkutan Korea Selatan mengumumkan pada Sabtu bahawa laporan awal mengenai nahas pesawat Jeju Air pada 29 Disember tahun lalu akan dikeluarkan Isnin depan

Laporan tersebut akan dihantar kepada Organisasi Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO) serta pihak berkuasa di Amerika Syarikat, Perancis, dan Thailand, menurut kenyataan kementerian.

Sebelum ini, kementerian itu turut mendedahkan Juruterbang Jeju Air telah mengisytihar kecemasan selepas pesawat berlanggar dengan sekumpulan burung susulan terdapat kesan bulu dan darah ditemui di kedua-dua enjin pesawat.

Bulan lalu, pesawat Jeju Air B737-800 itu melakukan pendaratan cemas di Lapangan Terbang Antarabangsa Muan dan meletup apabila ia merempuh struktur konkrit, mengorbankan 179 daripada 181 penumpang di dalamnya.

Loading...
Terkini