comscore
Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Laporan Awal nahas Elmina: Tiada bulu burung, objek asing ditemui pada kedua-dua belah enjin pesawat

 

PETALING JAYA: Tiada objek asing, bulu burung atau mana-mana bahan ditemui dalam komponen enjin pesawat Beechcraft 390 Premier 1 yang terhempas dan mengorbankan 10 nyawa di Bandar Elmina, Shah Alam pada 17 Ogos lalu.

Laporan Awal nahas itu yang kini boleh diakses orang ramai di laman web Kementerian Pengangkutan (MoT), menyatakan enjin sebelah kanan pesawat itu terpecah kepada tiga segmen yang berbeza iaitu kipas, pemasangan sarung kipas dengan bilah Tekanan Perantaraan (IP) dan Alat Pemampat Tekanan Tinggi dan Bahagian Panas.

Kipas enjin di sebelah kanan pesawat

Menurut kementerian itu, siasatan juga mendapati alat penghidup, Unit Hidromekanikal (HMU) dan kotak gear kesemuanya sudah tercabut.

Bagaimanapun, Injap Tekanan Rendah (LP) masih kekal sebahagiannya pada kipas yang terpisah daripada enjin.

Sisa-sisa pemutar juga masih berada di tempatnya manakala injap LP terpisah dan dilihat terpusing ke arah bertentangan daripada arah putaran asal.

Artikel berkaitan: Laporan awal nahas Elmina : Kedua-dua juruterbang sihat, mendapat rehat cukup sebelum penerbangan 

Laporan itu turut mengesahkan siasatan awal mendapati pesawat mempunyai sijil kelayakan udara sah, diselenggarakan mengikut peraturan, mempunyai lesen dan layak untuk melakukan penerbangan mengikut peraturan sedia ada.

Ia turut mengenepikan aspek kesihatan kerana kedua-dua juruterbang mendapat rehat secukupnya sebelum penerbangan dan tidak mengalami masalah kesihatan yang boleh mendatangkan bahaya, berdasarkan sejarah pemeriksaan fizikal.

“Kejadian berlaku pada waktu siang dengan penglihatan yang jelas dan keadaan meteorologi yang baik dengan jarak penglihatan 10 kilometer,” katanya.

Artikel berkaitan: Laporan awal nahas Elmina: Fail audio, CVR pesawat dipulihkan makmal AS

Sayap kanan pesawat

Bagaimanapun, jelas laporan itu, pesawat berkenaan tidak dapat diselamatkan kerana magnitud daya nyahpecutan (deceleration force) dan kebakaran selepas kemalangan.

Turut diperjelas dalam laporan setebal 26 muka surat itu, transkripsi awal fail audio perakam suara kokpit pesawat itu juga telah selesai dan analisis sedang dijalankan, dengan transkrip hanya akan dimasukkan dalam laporan akhir jika perlu.

Justeru, kementerian itu menjelaskan punca nahas pesawat terbabit hanya akan didedahkan dalam laporan akhir dijangka Ogos tahun depan.

Loading...
Terkini