comscore
Tumpuan :
Nasional

Lapan tukang urut wanita warga asing ditahan salahguna PLS dan PLKS

JOHOR BAHRU: Lapan wanita warga Vietnam dan seorang lelaki tempatan ditahan selepas Jabatan Imigresen menyerbu dua pusat urut sekitar bandaraya ini, petang semalam.

Operasi Sapu dan Gegar yang dilancarkan jam 4 petang semalam selepas menerima dan orang ramai terdapat segelintir warga asing yang melakukan perbuatan tidak bermoral dan menyalahi undang-undang.

“Hasil siasatan awal mendapati warga asing yang ditahan telah menyalahgunakan pas lawatan sosial (PLS) dan pas lawatan kerja sementara (PLKS) serta tinggal lebih masa,” menurut Pengarah Jabatan Imigresen Johor, Baharuddin Tahir.

Tambahnya, semua wanita yang ditahan berumur 22 hingga 38 tahun.

Manakala lelaki tempatan berumur 30 tahun yang menjadi penjaga premis ditahan kerana melindungi warga asing.

Turut dirampas 6 Pasport warga Vietnam, 3 peralatan mengurut, buku rekod pekerja dan kod imbasan langganan di aplikasi Telegram.

Beliau berkata, Jabatan Imigresen Johor akan terus mengempur pusat urut yang dipercayai menjadi lokasi warga asing bekerja tanpa permit dan tinggal lebih masa.

Loading...
Terkini