comscore
Tumpuan :
Nasional

Lapan PPS di Baling ditutup sepenuhnya jam 5 petang

Anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Baling mengemas Pusat Pemindahan Sementara (PPS) Surau Kampung Lahar Bongor selepas semua mangsa banjir dibenarkan pulang. Foto Ihsan APM

BALING: Lapan Pusat Penempatan Sementara (PPS) di daerah ini ditutup sepenuhnya jam 5 petang ini.

Pegawai Angkatan Pertahanan Awam (APM) Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd Faizol Ab.Aziz, berkata lapan PPSterbabit iaitu PPS Sekolah Kebangsaan (SK) Tanjung Pari, SK Siong, SK Seri Bayu, Surau Al-Baraqah Kampung Tembak B, Dewan Banggol Derum, Surau Kampung Lahar, Dewan Batu 48 Bongor dan Sekolah Menengah Kebangsaan ( SMK) Parit Panjang.

Beliau berkata,mangsa dibenarkan pulang apabila air Sungai Ketil semakin surut dan mereka selamat untuk pulang ke rumah masing- masing.

“Mangsa berpindah sejak malam kelmarin selepas penempatan mereka dinaiki air sehingga paras satu meter.

“Bagaimanapun sekiranya hujan lebat dan banjir semula mangsa diarah berpindah segera ke kawasan selamat dan PPS yang disediakan,” katanya.

Beliau berkata, anggota APM sentiasa memantau sekiranya hujan lebat bagi memastikan kawasan yang sering terjejas banjir dalam keadaan terkawal.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini