Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023

 

Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 di enam negeri yang berlangsung hari ini, 12 Ogos 2023.

 

Strim langsung sidang media Pengerusi Perikatan Nasional, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

 


12.11am- Calon Perikatan Nasional (PN) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendakwa tidak berniat untuk menayang kertas undi miliknya ketika membuang undi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Bandar Baru Beris Jaya hari ini.

Katanya, kejadian itu berlaku di luar kawalannya kerana melayan kehendak petugas media yang memintanya berpusing ke kanan dan kiri.


12.00am- Bekas Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun tewas kepada calon Pakatan Harapan (PH), Danial Al Rashid Haron Aminar Rashid.

Rina yang mewakili Perikatan Nasional (PN) di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Tiga tewas dengan majoriti 3,382.

Artikel penuh : https://www.buletintv3.my/politik/rina-harun-tewas-pada-calon-muka-baharu-di-dun-batu-tiga/


11.59pm- Menteri Besar Kelantan yang baharu dijangka akan mengangkat sumpah pada Selasa ini. Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Ahmad Yakob, berkata calon Menteri Besar yang baharu akan dibincangkan malam ini atau esok.


[RASMI]Calon PH, Prof Datuk Dr Mohamad menang di kerusi DUN Batu Maung, Pulau Pinang dengan majoriti 3,221 undi

[RASMI] Calon PAS, Ustazah Asilah menang di kerusi DUN Limbongan, Kelantan dengan majoriti 9,580 undi

[RASMI] Calon BN, Datuk Seri Mohamad Hasan menang di kerusi DUN Rantau, Negeri Sembilan dengan majoriti 10,280 undi


11.50pm- PRN: PH-BN menang di Selangor, peroleh majoriti mudah 29 kerusi – SPR


[RASMI] Calon PH, Fahmi Zainol menang di kerusi DUN Pantai Jerejak, Pulau Pinang dengan majoriti 8,597 undi

[RASMI] Calon PAS, Ustaz Mohd Fadhli menang di kerusi DUN Rantau Abang dengan majoriti 12,922 undi

[RASMI] Timbalan Pengerusi BN Mohamad Hasan pertahan kerusi Rantau

[RASMI] Calon PN, Ustaz Fauzi menang di kerusi DUN Sungai Dua, Pulau Pinang dengan majoriti 5,509 undi

[RASMI] Calon PH, Gooi Hsiao-Leung menang di kerusi DUN Bukit Tengah, Pulau Pinang dengan majoriti 8,697 undi

[RASMI] Calon PH, Jamaliah Jamaluddin menang di kerusi DUN Bandar Utama, Selangor dengan majoriti 35,446 undi

[RASMI] Calon PH, Wong Siew Ki menang di kerusi DUN Seri Kembangan, Selangor dengan majoriti 36,160 undi


11.17pm- Hilman kekal wakil rakyat Gombak Setia dibawah PN, majoriti tipis 58 undi

Calon Perikatan Nasional (PN) Hilman Idham menang Dun 17 Gombak Setia dengan majoriti 58 undi. Beliau mendapat 30,299 undi, menewaskan Datuk Megat Zulkarnain Omardin (BN) , 30,241 undi dan Mohamed Salim Bin Mohamed Ali (BEBAS) 1,076 undi.


11.17pm- BULUH GADING: TERENGGANU
RIDZUAN HASHIM (PAS) 16,213
Omar Adam (BN-UMNO) 5,847
Majoriti 10,366


[TIDAK RASMI]11.11pm- PH-BN peroleh majoriti dua pertiga bentuk kerajaan di Negeri Sembilan

SEREMBAN: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tepati ramalan membentuk kerajaan di Negeri Sembilan selepas mendapat majoriti dua pertiga apabila memenangi 31 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), malam tadi.


11.09pm- PN rampas N33 Taman Medan, majoriti hanya 30 undi

PETALING JAYA:Calon Perikatan Nasional (PN), Afif Bahardin berjaya merampas DUN  N33 Taman Medan, dengan majoriti hanya 30 undi.

Beliau memperoleh 22,316 undi manakala calon Pakatan Harapan (PH), Ahmad Akhir Pawan Chik mendapat 22,286 undi.


 

[RASMI] Calon PH, Ng Sze Han menang di kerusi DUN Kinrara, Pulau Pinang dengan majoriti 54,535 undi

[RASMI] Calon PH, Abbas Azmi menang di kerusi DUN Seri Serdang, Selangor dengan majoriti 10,752 undi

[RASMI] Calon PN, Mej(B) Mansor Zakaria menang di kerusi DUN Kuala Ketil, Kedah dengan majoriti 16,565 undi

[RASMI] PAS menang 43 daripada 45 kerusi di Kelantan- Data SPR


10.57pm:  PH-BN pertahan Pulau Pinang selepas peroleh majoriti mudah 23 kerusi – Data SPR

PRN: Perikatan Nasional pertahan Kedah, peroleh majoriti mudah 19 daripada 36 kerusi – Data SPR


[RASMI] Calon Perikatan Nasional, Datuk Seri Azmin Ali, berjaya memenangi DUN Hulu Kelang (N18) mengatasi calon dari Pakatan Harapan dengan majoriti 1,617 pada Pilihanraya Negeri Selangor (N18) di Pusat Penjumlahan rasmi Undi di Dewan MPAJ AU2 Taman Keramat.

Foto : NSTP
Foto : NSTP

[RASMI] Calon BN, Rashidi Zinol menang di kerusi DUN Sungai Acheh, Pulau Pinang dengan majoriti 124 undi

[RASMI] Pengerusi PH Pulau Pinang, Chow Kon Yeow akan mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri esok selepas gabungan PH-BN memenangi 29 daripada 40 kerusi DUN Pulau Pinang, yang juga lebih daripada majoriti dua pertiga iaitu 27 kerusi.


[RASMI] Calon PH, Lwi Kian Keong menang di kerusi DUN Sungai Pelek, Selangor dengan majoriti 1,458 undi

[RASMI] Setiausaha Agung DAP Anthony Loke pertahan kerusi Chennah

[RASMI] Pengerusi PH Negeri Sembilan Aminuddin Harun pertahan kerusi Sikamat

[RASMI] Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi pertahan kerusi DUN Jeneri, tewaskan calon BN Muhamad Khizri

[RASMI] Pengerusi PN Selangor Mohamed Azmin Ali menang di Hulu Kelang, tewaskan Juwairiya Zulkifli

[RASMI] PH-BN pertahan Negeri Sembilan, peroleh majoriti mudah 19 kerusi – SPR


[RASMI] Calon PAS, Datuk Nik Amar menang kerusi DUN Panchor, Kelantan dengan majoriti 10,686 undi

[RASMI] PAS pertahan Kelantan selepas peroleh majoriti mudah 23 kerusi – SPR


[RASMI] Calon PH, Heng Lee Lee menang di kerusi DUN Berapit, Pulau Pinang dengan majoriti 18,053 undi


Strim langsung perkembangan terkini keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bagi negeri Terengganu bersama Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Ghani Salleh.

 


[RASMI] Altimet, selebriti kedua bergelar wakil rakyat

AMPANG: Penyanyi rap dan komposer terkenal, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad atau Altimet secara rasmi memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Lembah Jaya dengan majoriti 6,678.

Artikel penuh : [RASMI] Altimet, selebriti kedua bergelar wakil rakyat 


[RASMI]Calon PN, Dr Haim Hilman Abdullah menang di kerusi DUN Jitra, Kedah dengan majoriti 23,172 undi

[RASMI] Calon PH, Yew Jia Haur menang di kerusi DUN Teratai, Selangor dengan majoriti 31,933 undi

[RASMI] Calon PH, Noorzunita Begum Mohd Ibrahim menang di kerusi DUN Pilah, Negeri Sembilan dengan majoriti 1,079 undi


10.05pm: Kedah menjadi negeri pertama berjaya meraih jumlah kerusi untuk mendapat majoriti mudah selepas menguasai 20 daripada 36 kerusi yang dipertandingkan di negeri itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.


[RASMI]Calon PH, Kamri Kamaruddin menang di kerusi DUN Bukit Antarabangsa, Selangor dengan majoriti 16,280 undi

[RASMI] Calon PN, Datuk Halimaton Shaadiah Saad menang di kerusi DUN Bukit Kayu Hitam, Kedah dengan majoriti 15,434 undi


[RASMI] Calon PAS, Datuk Ustaz Mad menang di kerusi DUN Pasir Pekan, Kelantan dengan majoriti 12,811 undi

[RASMI] Timbalan Mursyidul Am PAS Ahmad Yakob pertahan kerusi DUN Pasir Pekan, tewaskan calon PH Mohamad Zamakh Sari

Artikel penuh : Ahmad Yakob kekal di Pasir Pekan


[RASMI] Calon PN, Nurul Noh Omar menang di kerusi DUN Permatang, Selangor dengan majoriti 1,728 undi


[TAK RASMI]Kelantan PAS menang 11 kerusi DUN, BN menang 2 kerusi

Baki 32 kerusi lagi menyaksikan PAS mendahului kesemua kerusi berkenaan


[RASMI] Bekas pemain bola sepak negara Radhi Mat Din (PN) tewaskan Pengerusi PH Kedah Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu

[RASMI] Calon PAS, Norsham Cikgu Abang menang di kerusi DUN Semerak dengan majoriti 5,828 undi


[TAK RASMI] Mohd Isa Abu Kasim (PH) mendahului di Batang Kali, Selangor setakat 9.30 malam


[TAK RASMI] PN kekal penguasaan di Kedah

ALOR SETAR: Perikatan Nasional (PN) menepati ramalan mengekalkan penguasaan di Kedah selepas memperoleh majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri hari ini.


[RASMI] Calon PAS, Dr Din menang di kerusi DUN Sura, Terengganu dengan majoriti 13,848 undi


9.40pm: PRN Pulau Pinang : PH-BN hampir pasti kuasai Pulau Pinang

GEORGETOWN: Gabungan Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) hampir pasti kekal mentadbir Pulau Pinang apabila mendahului di 29 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN), berdasarkan keputusan tidak rasmi setakat ini.


[TAK RASMI] Jalaluddin Alias (BN) mendahului di DUN Pertang, Negeri Sembilan sehingga 9.20 malam.

[TAK RASMI] Reezal Merican Naina Merican (BN) mendahului di Bertam, Pulau Pinang setakat 9.28 malam


[TAK RASMI] PRN Selangor : PH peroleh majoriti mudah di Selangor, Amirudin selesa mendahului

KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) Selangor berjaya memperoleh majoriti mudah apabila berjaya memenangi 22 daripada 56 kerusi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat jam 9.20 malam ini.

Calon DUN Sungai Tua Datuk Seri Amirudin Shari berjaya mengekalkan kerusi dimenanginya pada 2018 selepas mendahului lawannya Muhammad Hanif Jamaluddin daripada Perikatan Nasional.

Beliau mendapat 19,320 undi manakala Muhammad Hanif (14,075 undi).

Seorang lagi calon, Suman Gopal yang bertanding atas tiket Bebas mendapat 429 undi.

Penyanyi rap, yang menjadi calon PH di Lembah Jaya, Syed Ahmad atau Altimet mendapat 20,320 undi mendahului calon PN Sharifah Haslizah Syed Ariffin dengan 16,006 undi.

 


[RASMI] Calon PAS, Haji Ghazali menang di kerusi DUN Bukit Besi, Terengganu dengan majoriti 3,712 undi

[TAK RASMI] PH-BN gagal rampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu

Kuala Terengganu: PH-BN gagal merampas kerusi Parlimen Kuala Terengganu apabila calon Pas, Datuk Ahmad Amzad Hashim mendahului pencabarnya, Azan Ismail daripada PH pada PRK, hari ini

[RASMI] Calon PAS, Mohd Azizi Abu Naim menang di kerusi DUN Nenggiri dengan majoriti 810 undi.


9.33pm: PRN Kedah : Perikatan Nasional (PN) mendahului di lapan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dalam saingan Pilihan Raya Negeri (PRN) hari ini.


[RASMI] Calon Pas Buluh Gading (N10) Ustaz Ridzuan Hashim menang dengan majoriti 10,857 setelah mendapat undi 16,452  mengalahkan calon BN, Omar Adam (5,595).

Calon Pas Dun Bukit Tunggal (N12) Ustaz Zaharudin Zahid menang dengan majoriti 7,678 undi setelah mendapat 12,092 undi, menewaskan  Calon BN, Wan Noorislam Wan Hashim (4,414).


[RASMI]- SPR (Kelantan). N32 Gaal – PAS, N43 Neggiri – PAS

[RASMI] SPR (Pulau Pinang)- N15 Padang Lalang – PH, N26 Padang Kota – PH, N27 Pengkalan Kota – PH, N28 Komtar – PH, N32 Seri Delima – PH

[RASMI] N05 Bukit Kayu Hitam – PN, N12 Suka Menanti – PN, N.13 Kota Darul Aman – PH

[RASMI] SPR. N19 Ru Rendang – PAS, N25 Bukit Besi – PAS, N27 Sura – PAS


9.25pm: PN tubuh kerajaan negeri di Terengganu

MARANG: Perikatan Nasional (PN) membentuk kerajaan negeri di Terengganu dengan majoriti mudah apabila menguasai 17 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.


[RASMI] Naib Presiden PAS, Dr Ahmad Samsuri Mokhtar pertahan kerusi Ru Rendang, tewaskan calon PH Suhaimi Sulaiman


[TAK RASMI] Jamali Salam (PN) mendahului di DUN Seri Menanti, Negeri Sembilan setakat jam 9.07 malam (37/40 peti undi)


9.17pm : PRN Pulau Pinang : Dominic Lau jauh ketinggalan di Bayan Lepas


[TAK RASMI] Mohd Shukor Zakariah (PN) mendahului di Pulau Betong, Pulau Pinang setakat jam 8.53 malam.


BAYAN LEPAS: Presiden Gerakan, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai ketinggalan 2,827 undi berdasarkan penjumlahan undi tidak rasmi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Bayan Lepas.

[TAK RASMI] Nik Asma Bahrum Nik Abdullah (PAS) mendahului di DUN Chempaka setakat pukul 9.05 malam.


[RASMI] N35 Kampung Tunku dan N30 Kinrara turut dimenangi calon PH

[RASMI] N31 Subang Jaya Michele Ng Mei Sze calon PH menang dengan 60,697 undi


[TAK RASMI]Presiden Gerakan, Datuk Dominic Lau (PN) mendahului di Bayan Lepas mengatasi Azrul Mahathir Aziz (PH)


[RASMI] N04 Sekichan dan N36 Bandar Utama calon PH menang


[TAK RASMI] Calon BN DUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican mendahuli dengan 9,385 undi.

[TAK RASMI] Teh Swee Leong (PH) mendahului di Kota Darul Aman, Kedah (58/58 peti undi)

[TAK RASMI]Mohd Shukor Zakariah (PH) mendahului di Pulau Betong, Pulau Pinang setakat jam 8.53 malam.

[TAK RASMI] Baddrol Bakhtiar (PN) mendahului di DUN Gurun setakat 8.58 malam.

[TAK RASMI] Noorzunita Begum Mohd Ibrahim (PH) mendahului DUN Pilah, Negeri Sembilan setakat 9 malam.


[RASMI] N28 Komtar Teh Lai Heng calon PH menang 9,279 menewaskan Cheah Kim Huat PN 1435 undi


[TAK RASMI] Abdul Fatah Zakaria (PN) mendahului di DUN Bagan Pinang, Negeri Sembilan setakat 8.57 malam.


[LANGSUNG] Strim langsung program khas Mandat Rakyat yang membawa perkembangan dan keputusan terkini Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023.


[TAK RASMI] Datuk Bakri Sawir (PH) menang di DUN Klawang, Negeri Sembilan

[TAK RASMI] PH menang majoriti mudah di Pulau Pinang

Kuala Lumpur: Pulau Pinang menjadi negeri pertama mendapat majoriti mudah selepas Pakatan Harapan (PH) berjaya menguasai 17 daripada 40 kerusi di negeri itu setakat jam 8.55 malam ini.

[TAK RASMI] Mohd Zawawi Ahmad Mughni (PH) mendahului di Sungai Kandis, Selangor setakat 8.50 malam

[TAK RASMI] Jamaliah Jamaluddin (PH) mendahului di Bandar Utama, Selangor setakat jam 8.50 malam

[TAK RASMI] Saiful Azmi Suhaili (PAS) mendahului di DUN Kemasik, Terengganu setakat 8.47 malam.

[TAK RASMI]PN menang di 13 DUN di Terengganu dengan undi majoriti
DUN JABI – 4,678 undi
DUN TEPUH – 10,890 undi
DUN KUALA BERANG – 10,858 undi
DUN SEBERANG TAKIR – 2,797 undi
DUN BUKIT TUNGGAL- 7,721 undi
DUN BUKIT PAYONG – 10,961 undi
DUN TELEMONG – 295 undi
DUN MANIR – 11,260 undi
DUN KUALA BERANG – 5,917 undi
DUN AJIL – 6,286 undi
DUN RANTAU ABANG – 12,922 undi
DUN KEMASIK – 6,505 undi
DUN CHUKAI – 8,106 undi

[TAK RASMI] N18 Hulu Kelang menyaksikan persaingan sengit antara calon PN Azmin Ali dengan 7,075 manakala Juwairiya Zulkifli dengan 7,047 undi

[TAK RASMI] Ariffin Deraman (PAS) mendahului di DUN Alur Limbat, Terengganu setakat 8.44 malam.

[TAK RASMI] Azmi Maarof (PAS) mendahului di DUN Langkap, Terengganu setakat 8.43 malam.

[TAK RASMI] Muhamad Amri Wahab (PN) mendahului di Derga, Kedah (41/70 peti undi)

[TAK RASMI]Datuk Razali Idris (PAS) mendahului di DUN Kijal, Terengganu setakat 8.42 malam.

[TAK RASMI] Datuk Bakri Sawir (PH) menang di DUN Klawang, Negeri Sembilan

[TAK RASMI] Danial Al-Rashid Haron Aminar Rashid (PH) mendahului di Batu Tiga, Selangor setakat 8.42 malam

[TAK RASMI] Yusop Majid (PAS) mendahului di DUN Permaisuri, Terengganu setakat 8.41malam

[TAK RASMI] Harrison Hassan (PN) mendahului di Jeram, Selangor setakat jam 8.46 malam.


[RASMI] N26 Padang Kota Chow Kon Yeow menang dengan majoriti 7,116 mengalahkan calon PN H’ng Khoon Leng yang hanya mendapat 8,261 undi


PH-BN hampir pasti menang di 5 kerusi, sedang dahului di 33 kerusi setakat jam 8.30 malam

Lima kerusi berkenaan ialah Banting, Pandamaran, Bandar Baru Klang, Bukit Gasing dan Seri Kembangan yang mana calon PH-BN memperoleh lebih 50 peratus undi.

Artikel penuh : PH-BN hampir pasti menang di 5 kerusi, dahului di 33 kerusi lain


[TAK RASMI] Prof Dr Haim Hilman Abdullah (PN) mendahului di Jitra, Kedah (71/111 peti undi)

[TAK RASMI] Azbi Salleh (PAS) mendahului di DUN Kuala Besut, Terengganu setakat 8.40 malam.

[TAK RASMI] N43 Sementa Najhan Salleh calon PN mendapat 15,605 undi mengatasi Afrishah Azizi calon PH 12,165 undi

[TAK RASMI] Prof Dr Mohd Suffian Yusoff (PN) mendahului di Bandar Baharu, Kedah (41/71 peti undi).

[TAK RASMI] N16 Sungai Tua Amirudin Shari memperoleh 13,418 undi mengatasi Hanif Jamluddin calon PN dengan 9,400 undi

[TAK RASMI] Teo Kok Seong (PH) mendahului di DUN Bahau, Negeri Sembilan setakat jam 8.37 malam


[RASMI] N08 Sungai Burong calon PN Dr Zamri Mantop menang dengan undi 15,447 mengatasi BN Ustaz Khir 8,605


[TAK RASMI] Lim Siew Khim (PH) mendahului di Sungai Pinang, Pulau Pinang setakat jam 8.27 malam.

[TAK RASMI] Mohamad Yusoff @ Munir Zakaria (PN) mendahului di Kuala Nerang, Kedah (32/62 peti undi)

[TAK RASMI] Hanafiah Mat (PAS) mendahului di DUN Cukai, Terengganu setakat 8.25 malam.

[TAK RASMI] Michelle Ng Mei Sze (PH) mendahului di Subang Jaya, Selangor setakat 8.20 malam

[TAK RASMI] Mohd Najwan Halimi (PH) mendahului di Kota Anggerik, Selangor setakat pukul 8.23 malam

[TAK RASMI] Mustapha Nagoor (BN) mendahului di DUN Palong, Negeri Sembilan setakat 8.23 malam

[TAK RASMI] Kamarol Ridzuan Mohd Zain (PN) mendahului di DUN Paroi, Negeri Sembilan setakat 8.24 malam


[TAK RASMI] Reezal Merican (BN) mendahului lebih 1,000 undi di Bertam, kerusi itu dimenangi Bersatu (bertanding atas tiket PH) pada PRU14.

[TAK RASMI] mendahului di Lembah Jaya lebih 1,000 undi.


[TAK RASMI] Borhan Aman Shah (PH) mendahului di Tanjong Sepat, Selangor setakat pukul 8.14 malam.

[TAK RASMI] Calon PN Muhammad Ghazali Zainal Abidin mendahului di DUN Ampangan, Negeri Sembilan setakat 8.20 malam

[TAK RASMI] Ridzuan Ahmad (PN) mendahului di Gemas, Negeri Sembilan setakat jam 8.20 malam.

[TAK RASMI] Johan Abd Aziz (BN) mendahului di Dusun Tua, Selangor setakat jam 8.09 malam.

[TAK RASMI] Muhammad Hilman Idham (PN) mendahului di DUN Gombak Setia, Selangor setakat 8.16 malam


[TAK RASMI] Borhan Aman Shah (PH) mendahului di Tanjong Sepat, Selangor setakat pukul 8.14 malam.

[TAK RASMI] Calon PN Muhammad Ghazali Zainal Abidin mendahului di DUN Ampangan, Negeri Sembilan setakat 8.20 malam

[TAK RASMI] Ridzuan Ahmad (PN) mendahului di Gemas, Negeri Sembilan setakat jam 8.20 malam.

[TAK RASMI] Johan Abd Aziz (BN) mendahului di Dusun Tua, Selangor setakat jam 8.09 malam.

[TAK RASMI] Muhammad Hilman Idham (PN) mendahului di DUN Gombak Setia, Selangor setakat 8.16 malam


Strim langsung perkembangan terkini di Ibu Pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 bersama Wartawan Wan Zairul Azri Wan Mohammad Sudin.

 


[TAK RASMI] Calon PN, Mohd Radzi Md Amin mendahului dengan 5,770 undi berbanding calon PH, Datuk Seri Mahdzir Khalid dengan 3,419 undi di DUN Pedu.


[TAK RASMI] PAS mendahului 32 kerusi Dun di Terengganu.


[TAK RASMI] N34 Bukit Gasing Rajesh Rishyakaran mendapat 19,461, calon PH ini mengatasi dua pencabar lain calon dari PN dan MUDA.


[TAK RASMI] PRN Negeri Sembilan : Mat Hasan menang di Rantau

8.08pm- Seremban – Timbalan Presiden UMNO Mohamad Hasan memenangi kerusi DUN Rantau berdasarkan keputusan tidak rasmi.

Menteri Pertahanan itu mendahulu lawannya dengan perbezaan hampir 9,000 undi dengan kurang daripada 5,000 kertas undi yang belum dikira.


[TAK RASMI] Chow Kon Yeow (PH) mendahului di DUN Padang Kota mengatasi H’ng Khoon Leng (PN


[TAK RASMI] N48 Sentosa Gunaraj G mendapat 25,957 undi calon PH ini mengatasi 3 pencabar lain

[TAK RASMI] N56 Sungai Pelek Lui Kian Keong calon PH 13,533 undi mengatasi calon PN Datuk Suhaimi Ghazali 7035 undi


[TAK RASMI] PRN Kelantan : Galas milik BN-PH

8.05pm- Kota Bharu, Kelantan – Gabungan BN-PH berjaya menafikan usaha PAS-PN untuk menyapu bersih semua 45 kerusi DUN negeri itu apabila calonnya untuk kerusi Galas, Mohd Syahbuddin Hashim, sedang berada di depan dengan 9,969 undi.

Mohd Syahbuddin merupakan penyandang kerusi berkenaan.

Lawannya, Mohd Tarmizi Abd Rahman (PAS) mendapat 6,545 undi.

Galas mempunyai 59.5 peratus pengundi Melayu, 13.58 peratus Cina, 1.05 peratus India dan 25.86 lain-lain.


[TAK RASMI] Anak bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Noh Omar iaitu Nurul Syazwani mendahului 7,730 berbanding pencabarnya, Mohd. Yahya Mat Sahri atau Pak Ya dari Pakatan Harapan (PH) 7,272 undi di DUN Permatang.


[TAK RASMI] Amirudin Shari (PH) mendahului di DUN Sungai Tua mengatasi dua calon lain Hanif Jamaluddin (PH) dan Suman Gopal (Bebas)


[TAK RASMI] N36 Bandar Utama Jamaliah Jamaluddin calon PH mendapat 20,501 undi mengatasi Alif Taufid calon PN yang hanya mendapat 3,276 undi

[TAK RASMI] Juwairiya pula tinggalkan Azmin di Hulu Kelang


[TAK RASMI] (jam 7.50 malam) – Calon PN, Radhi Mat Din mendahului calon PH, Datuk Mahfuz Omar di DUN Alor Mengkudu di Kedah dengan majoriti 1,312 undi.

[TAK RASMI] N11 Ijok Jeffry Mejan mendapat 9,353 undi (PN) mengatasi Cikgu Amidi calon PH yang mendapat 4647 undi


[TAK RASMI] PH-BN menang 6 kerusi setakat ini

Georgetown: Pakatan Harapan-Barisan Nasional (PH-BN) menang enam kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) setakat 8 malam ini.

DUN yang dimenangi ialah Bagan Jermal, Padang Lalang, Pengkalan Kota, Komtar, Batu Lanchang dan Paya Terubong.

Berdasarkan keputusan tidak rasmi, calon PN-BN di enam kerusi itu sudah memperoleh undi melebihi 50 peratus.

Artikel penuh : Tidak Rasmi : PH-BN menang 6 kerusi di Pulau Pinang setakat ini


[TIDAK RASMI] PRN: Mohamad Hasan (BN) mendahului di DUN Rantau, Negeri Sembilan setakat 7.56 malam


[TIDAK RASMI] N35 Kampung Tunku, Lim Yi Wei 17,845 PH mendahului lawan, calon PN Rubin Chin 1779 undi

[TIDAK RASMI] PAS Terengganu dijangka mudah membentuk kerajaan dan mendahului 30 dari 32 kerusi Dun Terengganu berdasarkan keputusan tidak rasmi.

[TIDAK RASMI] N52 Banting Papparaidu Veraman PH 23,605 mendahului kiraan undi ketika ini mengatasi lawannya Saravanan Mutto Krishnan calon PN dengan 3,624 undi.


[TIDAK RASMI] Calon PH mendahului di DUN Pandan Indah

Ampang Jaya: Calon Pakatan Harapan (PH), Izham Hashim mendahului di Dewan Undangan Negeri (Dun) Pandan Indah, setakat jam 7.46 malam ini.

Kerusi DUN berkenaan turut ditandingi calon Perikatan Nasional (PN) Fazil Mohamad Dali atau lebih dikenali sebagai Ayahanda CikTon, calon Parti Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Lisa Redzuan dan calon Bebas, R Sivaneswaran.

Proses pengiraan undi untuk DUN itu dilakukan di Dewan Majlis Perbandaran Ampang Jaya (MPAJ) Pandan Indah, di sini selepas proses pengundian selesai dijalankan.

PH-Izham Hashim : 1,562 undi
PN- Fazil Mohamad Dali : 1,265 undi
Muda- Lisa Redzuan : 72 undi
Bebas: R Sivaneswaran : 2 undi
Majoriti : 297 undi


7.59pm- Calon PN, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor mendahului di DUN JENERI mengatasi calon BN, Datuk Muhammad Khizri Abu Kassim


[TIDAK RASMI]  PN menang di Guar Chempedak, Bkt Kayu Hitam

7.50pm –  Alor Setar, Kedah -PN mengekalkan kerusi Guar Chempedak dan Bukit Kayu Hitam.

Di Guar Chempedak, dengan 40 daripada 58 peti undi sudah dikira, PN mendahului 12,667 undi berbanding 3,884 untuk BN.

Di Bukit Kayu Hitam, PN mendahului dengan 18,901 undi berbanding 6,639 undi untuk BN.

Sebanyak 68 daripada 92 peti undi telah dikira.

Di kedua-dua kerusi itu, PN memperoleh lebih separuh daripada undi yang diperlukan.


[TIDAK RASMI] N54 Tanjong Sepat Borhan Aman Shah 8888 calon PH mengatasi Sabirin Marsono calon dari PN 6397

[TIDAK RASMI] N23 Dusun Tua Azhar Hambali calon PN 13775 mengatasi Johan Abb Aziz BN 13245

[TIDAK RASMI] N28 Seri Kembangan Wong Siew Ki 19,388 calon PH mengatasi Ken Liau calon PN 1617 undi


7.45pm [TIDAK RASMI]  Hulu Kelang – Persiangan sengit berlaku di salah satu kerusi yang paling diperhatikan di Selangor.

Bekas menteri besar Azmin Ali mendahului calon PH-BN, Juwairiya Zulkifli.

Setakat jam 7.45 petang Azmin mendapat 2,186 undi manakala Juwairiya 1,933.


[TIDAK RASMI] N45 Bandar Baru Klang: Dr Quah 28,022 (PH) mengatasi Tam Seng Huat (PN) 2920

[TIDAK RASMI] N47 Pandamaran: Tony Leung Tuck Chee (PH) 24,782 mengatasi B Gunalan (PN) 3,397


[TIDAK RASMI] Pakatan Harapan menang 5 kerusi di Pulau Pinang:

  1. Pangkalan Kota
  2. Padang Kota
  3. Bagan Jermal
  4. Komtar
  5. Batu Lanchang

[TIDAK RASMI] Calon PH Anthony Loke Siew Fook mendahului Rosmadi Arif dari PN di N01 Chennah, Negeri Sembilan, dengan 3745 undi berbanding 2653.

[TIDAK RASMI] PH jauh meninggalkan PN N45 Bandar Baru Klang dengan lebih 21,000 undi

[TIDAK RASMI] N27 Balakong Wayme Ong Chun Wei 31,419 (PH) Steven Lai 8590 (PN)

[TIDAK RASMI] PH mendahului dengan Ng Suee Lim 8862 undi di N.04 Sekinchan, mengatasi calon PH Goh Gaik Meng 4461.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,200 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,800 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 3,900 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Derga, Kedah lebih 300 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 4,800 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Kampung Tunku, Selangor lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Kuala Kubu Bharu, Selangor lebih 300 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Pengkalan Kota, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] Rina Harun (PN) ketinggalan di Batu Tiga, Cheda Razak (Muda) mendahului dengan lebih 200 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Balakong, Selangor lebih 900 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Dusun Tua, Selangor lebih 1,500 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Kota Darul Aman, Kedah lebih 200 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Pelabuhan Klang, Selangor lebih 200 undi.

[TIDAK RASMI] PN mendahului di Rahang, Negeri Sembilan lebih 1,200 undi.


[TIDAK RASMI] PH mendahului di beberapa kerusi di Pulau Pinang dan Selangor.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bandar Baru Klang, Selangor lebih 6,000 undi.

[TIDAK RASMI]PN mendahului di Derga, Kedah lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI]PH mendahului di Berapit, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahui di Balakong, Selangor lebih 9,000 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 2,100 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bukit Gasing, Selangor lebih 600 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Seri Delima, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 2,000 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Padang Lalang, Pulau Pinang lebih 1,300 undi.PH mendahului di Bahau, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] Mahdzir Khalid (BN) ketinggalan di Pedu  lebih 100 undi.

[TIDAK RASMI] ​​​​​​​PH mendahului di Paya Terubong, Pulau Pinang lebih 1,600 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Seri Kembangan, Selangor lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bagan Jermal, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.PH mendahului di Pandamaran, Selangor lebih 1,800 undi.

[TIDAK RASMI] Azmin Ali (PN) mendahului di Hulu Kelang, PH menang di kerusi itu pada PRU14.

[TIDAK RASMI] Arul Kumar dari PH jauh meninggalkan Gan Chee Biow dari PN dengan 6,000 undi di N10 Nilai

[TIDAK RASMI] Saingan Sengit di N06 Kuala Kubu Baharu, PH dahului kurang 400 undi

[TIDAK RASMI] PH jauh meninggalkan PN di N27 Dun Balakong, dahului lebih 20,000 undi

[TIDAK RASMI] PH mendahului PN di N04 Dun Sekinchan

[TIDAK RASMI] Calon PH di Seri Kembangan, Balakong selesa di depan.


[TIDAK RASMI] Beberapa calon Pakatan Harapan (PH) selesa mendahului lawan masing-masing setakat 7 malam ini.

Berdasarkan paparan keputusan di dalam myundi, calon PH di Seri Kembangan, Wong Siew Ki di depan dengan 12,264 undi berbanding Ken Liau dari Perikatan Nasional (PN) yang hanya mendapat 1,073 undi.

Seorang lagi calon, Wong Jung Lik (Bebas) 411 undi.


[TIDAK RASMI] Pengiraan undi di DUN Panchor menyaksikan Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Mohd. Amar Abdullah sedang ketinggalan dalam kiraan undi awal.

Menurut perkongsian di laman MyUndi, Mohd. Amar ketika ini hanya mendapat 358 undi.


7:29 pm – [TIDAK RASMI] PAS mendahului semua kerusi DUN kecuali DUN Telemong dan DUN Bandar di Terengganu


7:25 pm – [TIDAK RASMI] Satu lagi kerusi dikuasai PH di Pengkalan Kota, Pulau Pinang, apabila calonnya Wong Yuee Harng mendahului dengan 11,506 undi. Calon PN pula sekadar mendapat 1,556 undi.


[TIDAK RASMI] PH mendahului di Teratai Selangor, lebih 1,800 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Kota Selangor Kemuning, lebih 500 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Permatang, Selangor lebih 700 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Bukit Kepayang, Negeri Sembilan lebih 5,100 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Perai, Pulau Pinang lebih 200 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Datok Keramat, Pulau Pinang lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Nilai, Negeri Sembilan lebih 1,000 undi.

[TIDAK RASMI] BN mendahului di Pertang, Negeri Sembilan lebih 500 undi.

[TIDAK RASMI] PH mendahului di Jawi, Pulau Pinang lebih 1,200 undi.

[TIDAK RASMI] PAS mendahului di Chempaka, Kelantan lebih 500 undi.


[TIDAK RASMI] Syaidiyah Izzati Nur Razak Maideen dari MUDA mendahului dengan 656 undi di Batu Tiga diikuti Danial Al-Rashid (PH) dengan 424 undi. Datuk Seri Rina Harun (PN) memperolehi 42 undi


[TIDAK RASMI] Azhar Hambali dari PN mendahului dengan 1,517 undi di Dusun Tua, diikuti Johan Abd Aziz dari BN dengan 520 undi, manakala calon Muda hanya mempunyai 22 undi setakat ini.

DAP telah menyerahkan kerusi itu kepada BN selepas rundingan kerusi.

Dusun Tua mempunyai 74,419 pengundi berdaftar.


[LANGSUNG] Proses pengiraan undi PRN 2023 secara langsung


7:20 pm – KEPUTUSAN TIDAK RASMI 

7.20pm: Komtar, Pulau Pinang – Keputusan tak rasmi menunjukkan calon PH Teh Lai Heng menang di Komtar.

Teh Lai Heng mendapat 7.520 undi, lebih separuh daripada jumlah jangkaan pengundi di situ.

TIDAK RASMI – DUN Kuah

Amar Pared Mahamud (PN): 412 undi

Ahmad Fauzi Chik (PH): 255 undi

Mazlan Ahmad (Bebas): 09 undi

Majoriti: 157 undi

TIDAK RASMI – DUN Ayer Hangat:

Shamsilah Siru (PN): 167 undi

Safwan Hanif Shafie (Bebas): 18 undi

Hisham Suhaily Othman (BN): 94 undi

Zulfadli Mohd Yusoff (Bebas): 03 undi

Majoriti: 73 undi

TIDAK RASMI – DUN N31 Bagan Pinang

Abdul Fatah Zakaria (PN) – 4,607

Najib Tan Sri Isa (BN) – 1,650

Majoriti : 2,957

TIDAK RASMI – DUN Kota Kemuning

1. Preakas Sampunathan (PH) – 618

2. Jimmy Chew Jyh Gang (PN) – 66

TIDAK RASMI DUN Pandamaran

1. Tony Leung Tuck Chee (PH) – 2,776

2. B Gunalan (PN) – 880

3. Tan Kang Yap (PRM) – 25

TIDAK RASMI DUN Pelabuhan Klang

Wan Hasrina Wan Hassan (PN) – 356

Azmizam Zaman Huri (PH) – 66

Syed Ahmad Putra Syed Isa (PRM) – 3

TIDAK RASMI – DUN Bukit Antarabangsa

Sasha Lyna (PN) – 239

Kamri Kamaruddin (PH) -90

Melanie Ting (MUDA) – 4

TIDAK RASMI – DUN Bandar Baru Klang

1. Dr Quah Perng Fei (PH) – 4,494

2. Tan Seng Huat (PN) – 296


7:02 pm – Calon Perikatan Nasional (PN) kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Ayer Hangat, Shamsilah Siru mendahului tiga calon lain dengan 167 undi berdasarkan pengiraan peti undi pengundian awal di Dewan Badminton Kompleks Sukan Langkawi di sini, malam ini.

Ketua Srikandi BERSATU Kedah itu mendahului dengan 167 undi, manakala calon Barisan Nasional (BN) juga Ketua Wanita UMNO Langkawi meraih 94 undi, diikuti Safwan Hanif Shafie (Bebas, 18 undi) dan Zulfadli Mohd Yusoff (Bebas, tiga undi)

Artikel penuh: Keputusan tidak rasmi: Calon PN mendahului DUN Ayer Hangat, Kuah


PRN PULAU PINANG
7:00 pm – Keputusan tidak rasmi : Chow Kon Yeow dari Pakatan Harapan (PH) mendahului dengan 5860 undi diikuti H’ng Khoon Leng (PN) dengan 834 undi.


6:40 pm – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor, didakwa melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954, apabila secara sengaja menayang kertas undi kepada petugas media.

Artikel penuh: Sanusi langgar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954

Foto : NSTP

6:30 pm – Polis Kedah mengingatkan penyokong parti politik agar tidak mengadakan sebarang aktiviti perarakan atau konvoi malam malam ini untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas.

Artikel penuh: Jangan adakan perarakan atau konvoi malam ini – Polis Kedah 

Foto NSTP

6:00 pm – Pengundian ditutup, pengiraan bermula

Semua pusat pengundian di enam negeri yang terlibat dalam PRN ditutup pada jam 6 petang dan proses pengiraan undi bermula.

[LANGSUNG] Strim langsung penutupan pusat undi di Sekolah Menengah Kebangsaan King George V, Seremban, Negeri Sembilan, bersama wartawan Mas Zharif Zhafri Aziz Desa.


5:55 pm – Calon Perikatan Nasional (PN) bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Paya Terubong, Andrew Ooi mendakwa dua peti undi di kawasan ditandinginya tidak ditutup sempurna.

”Peti undi adalah perkara serius, bila saya tanya alasan mereka kata terlupa…jika satu tempat okey lagi (mungkin terlupa) tapi kalau dua tempat berlaku kami tak boleh terima,” kata Ooi

Artikel penuh: Dua kotak undi tidak berikat, Calon PN Paya Terubong buat laporan polis


5:50 pm – Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mula mengira undi awal bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri dan Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu.

Artikel penuh: Undi awal 6 negeri, parlimen Kuala Terengganu mula dikira 


5:30 pm – Tiga laporan polis mengenai  kad pengenalan  digunakan individu lain untuk mengundi di Kedah.

Artikel penuh: Tiga laporan, kad pengenalan telah digunakan individu lain untuk mengundi di Kedah


5:20 pm – Calon Bebas bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, M Satees  mendakwa dikepung dan diugut penyokong Pakatan Harapan (PH).

Artikel penuh: Calon Bebas dakwa dikepung, diugut penyokong PH

Calon Bebas Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam, M Satees.

5.00 pm – Kelantan mencatat catat 45 peratus keluar mengundi, terendah.

Artikel penuh: “Kos nak balik Kelantan tinggi” 

Foto hiasan

 


4:50 pm – SPR Selangor maklumkan empat pusat mengundi ditutup pada jam 2 petang tadi iaitu di SK Seri Cempaka (DUN Sungai Air Tawar); SJK(C) Bukit Fraser (Kuala Kubu Baharu);Balai Raya Kampung Lubuk Jaya (Permatang) dan SRJK (T) Ladang Bukit Ijok (Ijok)


4:40 pm – Hampir 65% keluar mengundi setakat 4 petang


4.35 pm – TUMPAT: Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob akhirnya tiba di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Kampung Laut, di sini untuk mengundi, kurang tiga jam sebelum proses pengundian tamat.

Kepemimpinan PAS Kelantan akan menyerahkan tiga nama calon Menteri Besar kepada Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang sebaik keputusan Pilihan Raya Negeri (PRN) diketahui malam ini, kata Datuk Ahmad Yakob.

Pemilihan calon katanya akan diputuskan Abdul Hadi sebelum dipersembahkan kepada Sultan Kelantan.

Artikel penuh: Lewat mengundi, MB Kelantan mohon maaf 


4:30 pm – TAMPIN: Seorang warga emas tidak sedarkan diri selepas mencelup dakwat pada jari untuk mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan (SK) Rokan, Gemencheh, sebelum disahkan meninggal dunia.


[LANGSUNG] Perkembangan terkini mengenai isu peti undi tidak ditutup di sebuah saluran mengundi di Paya Terubong sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) 2023 dari Balai Polis Timur Laut, Pulau Pinang.


4:20 pm – Peratusan keluar mengundi setakat jam 3 petang

Hampir 59% keluar mengundi setakat 3 petang


[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini mengenai dakwaan pengundi ‘hantu’ di Kedah bersama wartawan Kumaran Rajamoney.


 

Foto: NSTP

3:15 pm – Wook Mohd Zain atau Tok Wan berusia 81 tahun, bangga jadi orang pertama mengundi di SK Bukit Anak Dara bagi DUN Kijal.

 


 

2:52 pm – Ini bukan masa protes, PAS rayu pengundi keluar mengundi – Datuk Seri Takiyuddin Hassan

“Setiap undi anda adalah penting dan dikira. Dengan tidak memilih pihak mana yang hendak disokong atau dengan tidak mengundi, secara tidak langsung kita menidakkan hak sebagai rakyat Malaysia.

“Keluar dan pangkahlah,” katanya.

Setakat jam 2 petang, peratusan keluar mengundi di Kelantan kekal paling rendah pada 45 peratus, Terengganu tertinggi 56 peratus.

Artikel berkaitan: Hampir 51% keluar mengundi setakat jam 2 petang – SPR


 

2:20 pm – Pengerusi DAP Negeri Sembilan, Anthony Loke menyasarkan lebih 70 peratus pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRN Negeri Sembilan.

Katanya, jumlah peratusan yang keluar mengundi ketika ini tidak setinggi semasa Pilihan Raya Umum ke-14 lalu.

 


 

1:15 pm – Peratusan pengundi keluar mengundi bagi Undi Biasa sehingga jam 12 tengah hari:

Kedah: 41%
Kelantan: 34%
Terengganu: 42%
Pulau Pinang: 38%
Selangor: 36%
Negeri Sembilan: 35%

PRK P.036 Kuala Terengganu: 39%

 


 

Foto: NSTP

12:50 pm – Gelagat seorang lelaki memakai kostum watak adiwira Hulk ketika menunaikan tanggungjawab mengundi bagi kerusi DUN Air Itam pada PRN Pulau Pinang menarik perhatian ramai.

 


 

12:49 pm – Pengarah Pilihan Raya PN yang juga calon bagi DUN Jeneri, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor meramalkan, beberapa tokoh besar Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tumbang pada PRN enam negeri.

Beliau optimis peluang kemenangan besar akan diperoleh PN pada PRN Kedah kali ini.

 

Artikel berkaitan: “Debaran kalah tu tiada” – Sanusi

 


 

Foto: NSTP

12:40 pm – Khairy Jamaluddin hadir mengundi di SMA Haji Mohd Yatim, Ulu Gadong pada PRN Negeri Sembilan.

 

Artikel berkaitan: Zahid tak akan undur walaupun jika UMNO kalah teruk – Khairy

 


 

Foto: NSTP

12:40 pm – Calon Barisan Nasional (BN) bagi kerusi DUN Bertam, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican bersama ahli keluarganya selesai membuang undi di SJKC Pei Yu, Kepala Batas.

 


 

12.30 pm – Pengundian di sebuah saluran mengundi SK Sri Relau di Paya Terubong, Pulau Pinang ditangguhkan selepas calon Perikatan Nasional bagi kerusi DUN itu, Ooi Ghee Oon mendapati peti undi berkenaan tidak ditutup.

Menurut Sin Chew Daily, Ooi menemui kotak yang tidak bermeterai itu dengan 177 kertas undi sudah dibuang dan meminta pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menangguhkan pengundian bagi aliran itu, yang sepatutnya mempunyai 719 pengundi.

Berita penuh: PRN 2023: Peti undi tidak berkunci, pengundian digantung di sebuah saluran

 

 


 

Foto: NSTP

11:52 am – Jumlah pengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) menunjukkan peningkatan menjelang tengah hari ini, dengan Terengganu tertinggi iaitu 33 peratus.

Berita penuh: Peratusan pengundi tunai tanggugjawab meningkat

 


 

[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kedah bersama wartawan Rusyaidi Abd Hafiz dari Sungai Petani, Kedah.

 


 

Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay melakukan lawatan di Pusat Pengundian Rumah Kelab Ukey Perdana – Foto: NSTP

11:43 am – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay berkata, proses pengundian di enam negeri PRN berjalan lancar dan orang ramai diminta patuh arahan polis yang bertugas di pusat mengundi.

Artikel berkaitan: PRN 2023: Proses pengundian di enam negeri lancar

 


 

Foto: NSTP

11:20 am – Andak Oi yang masih berpantang mengendong bayinya berusia 30 hari untuk keluar mengundi di SK Kuala Betis, Gua Musang, Kelantan.

 


 

11:00 am – Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Sanusi Md. Nor tiba di pusat pengundian SK Beris Jaya, Sik.

 

Artikel berkaitan: Abang Sanusi tolak tawaran kerja di Arab Saudi dan Qatar demi PRN

 


 

Foto: NSTP

10:59 am – Mustafa Muda, 75, mengalami sakit saraf, manakala isterinya, Che Maskah Mohamad, 65, penghidap angin ahmar tidak melepaskan peluang keluar mengundi di SK Gual Periok, Rantau Panjang, Kelantan.

 


 

Foto: NSTP

10:45 am – Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang disapa Ketua Polis Terengganu, Datuk Mazli Mazlan di SK Rusila.

Hadi dilapor berkata, parti itu melakukan perubahan jawatan Menteri Besar dan Timbalan di Kelantan selepas PRN bagi mewujudkan suasana dan semangat baharu di negeri itu.

“Sudah masanya perubahan dilakukan untuk memberi peluang kepada pemimpin yang baharu selain pemintaan daripada Menteri Besar Kelantan, Datuk Ahmad Yakob yang mahu melepaskan jawatan berkenaan kerana faktor kesihatan,” katanya.

Artikel berkaitan: Ahmad Yakob mahu lepas jawatan MB sebab uzur – Hadi Awang


 

10:45 am – Peratusan orang ramai keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) di beberapa negeri masih rendah.

Artikel berkaitan: PRN 2023: Peratusan pengundi keluar mengundi masih rendah

 


 

Foto: NSTP

10:38 am – Empat sekawan masyarakat Orang Asli suku kaum Semak Beri dari Perkampungan Orang Asli, Sungai Berua, Hulu Terengganu pulang dari hutan untuk menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi.

 


 

Foto Facebook Anwar Ibrahim

10:20 am – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim melayan pengundi di SK Seri Penanti, Permatang Pauh.

 


 

Foto: NSTP

9:50 am – Calon Perikatan Nasional (PN) DUN Hulu Kelang (N18), Datuk Seri Azmin Ali menolak ibu saudaranya Che Bee Yahya, 86 untuk mengundi di SK Klang Gate.

Beliau yakin PN akan dapat membentuk kerajaan negeri di Selangor, bersandarkan sokongan yang diraih semasa tempoh kempen termasuk ketika ‘grand finale’.

Artikel berkaitan: Azmin yakin menang Hulu Kelang, PN bentuk kerajaan negeri

 


 

[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Kelantan bersama wartawan Fahiz Ariff dari Machang, Kelantan.

 

Artikel lain: PRN 2023: Undi dulu baru pergi nikah

 


 

9:40 am – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengundi di SK Seri Penanti, Permatang Pauh.

Anwar minta pengundi keluar awal, tidak tangguh mengundi.

”Suasana enam negeri berada dalam keadaan baik, tenang mengikut pemantauan setakat ini.

”Musim kempen sudah selesai, jadi kembali bersilaturrahim”, katanya.

 

Artikel berkaitan: PRN 2023: PM mengundi di SK Seri Penanti

 


 

9:30 am – METMalaysia mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri antaranya Perlis, Kedah dan Negeri Sembilan.

Berita penuh: Ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di beberapa negeri dijangka sehingga tengah hari

 


 

Foto: NSTP

9:25 am – Pengerusi Barisan Nasional (BN) Kedah, Datuk Seri Mahdzir Khalid mengundi di SK Naka, Padang Terap.

 


 

Foto: NSTP

9:24 am – Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari mengundi di di SJKC Selayang Baru. Beliau dan isteri menarik perhatian pengundi lain apabila tiba dengan menaiki motosikal.

Artikel berkaitan: PRN 2023: “Kita optimis menang majoriti kerusi DUN Selangor” – Amirudin

 


9.22 am – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali menunaikan tanggungjawab memilih wakil rakyat bagi DUN Anak Bukit.

Dr Mahathir berkata, setakat pagi ini, beliau melihat tidak ramai pengundi berada di pusat pengundian dan menyeru agar rakyat Kedah keluar mengundi sebelum pusat itu ditutup.

Artikel berkaitan: Tun Mahathir dan Tun Siti Hasmah selesai mengundi di DUN Anak Bukit


 

Foto NSTP

9:15 am Menteri Besar Negeri Sembilan yang juga calon N.13 Sikamat, Datuk Seri Aminuddin Harun mengundi di SMK Dato Hj Md Reza.

 


 

Foto NSTP

9:05 am – Datuk Seri Jailani Johari yang juga bekas Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia, bersama sebahagian ahli keluarganya membuang undi di SK Tok Randok, Terengganu.

 

 


 

8:57 am – Sedikit kekecohan berlaku apabila seorang pengundi tidak puas hati kerana perlu menunggu lama sebelum dibenar masuk ke perkarangan pusat pengundian SMK Tanjong Bunga, Tanjung Bungah, Pulau Pinang.

 


 

Foto NSTP

8:50 am – Pelakon, Sasha Saidin menunjukkan jari yang dicelup dakwat selepas mengundi di SMK Seri Keramat.

Artikel lain: Azwan Ali bangun 4.30 pagi pergi mengundi

 


 

Foto NSTP

8:50 am – Calon BN bagi DUN Rantau, Datuk Seri Mohamad Hasan bersama isteri, Datin Seri Raja Salbiah Tengku Nujumudin mengundi di SJK (C) Chung Hua, Pekan Rantau.

 


[LANGSUNG] Strim langsung perkembangan terkini proses pengundian Pilihan Raya Negeri (PRN) Pulau Pinang bersama wartawan Ridhwan Rusydi Azri Roslan.

 


 

Foto: NSTP

8:30 am – Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad@Altimet menunjukkan jari selepas membuang undi di SMK Seri Keramat.

 


 

Foto NSTP

8:27 am – Presiden GERAKAN yang juga calon PN DUN Bayan Lepas, Datuk Dr Dominic Lau Hoe Chai selesai mengundi di SMK Tanjong Bunga, Tanjung Bungah.

 


 

Foto: NSTP

8:04 am – Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar selesai mengundi di Pusat Pembuangan Undi (PPU) di SMK Seri Nering, Jertih, Besut.

Artikel berkaitan: PRN 2023: MB Terengganu pertama mengundi

 


 

8:00 am – Pengerusi Badan Perhubungan Barisan Nasional (BN) Kelantan, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub selesai melaksanakan tanggungjawab mengundi di SMK Machang.


 

8:00 am – PRN dan PRK Parlimen Kuala Terengganu: Kesemua 3,231 pusat pengundian dibuka serentak 8 pagi ini.

 


 

7:54 am – Ketua Menteri Pulau Pinang yang juga Calon PH DUN Padang Kota, Chow Kon Yeow tiba di pusat pengundian.

 

Artikel berkaitan: PRN 2023: “Hari ini, kita serahkan kepada pengundi untuk membuat keputusan”


 

Foto: NSTP

7:50 am – Calon N31 Bagan Pinang, Ustaz Fatah @Abdul Fatah Zakaria beratur untuk mengundi di SJKT Bandar Springhill, Port Dickson.

 


 

7:30 am – Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) di SK Seri Penanti, Permatang Pauh, Pulau Pinang beri kelonggaran untuk buka pintu pusat pengundian lebih awal, kira-kira 7.30 pagi setelah melihat sebilangan pengundi, kebanyakannya warga emas menanti di luar pusat pengundi.

Artikel berkaitan: Pintu pusat pengundian dibuka awal untuk semak saluran

 


 

7:30 am – Calon Pakatan Harapan (PH) DUN Lembah Jaya, Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad@Altimet beratur bersama pengundi untuk membuang undi di SMK Seri Keramat.

 


 

7:15 am – Pengundi beratur seawal jam 7.05 pagi untuk membuang undi di SMK Seri Keramat.

Artikel berkaitan: PRN 2023: Ayuh undi! 3,190 pusat mengundi dibuka mulai jam 8 pagi

 

Loading...
Terkini