Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini, 6 Julai 2024.
Ia menyaksikan pertembungan satu lawan satu antara calon Pakatan Harapan (PH), Dr Joohari Ariffin dan Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail.
Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail bersama pemimpin (PN) meraikan kemenangan berdasarkan keputusan awal di Pusat Khidmat ADUN Sungai Bakar, Sungai Jawi -Foto: NSTPPerikatan Nasional (PN) berjaya mengekalkan penguasaan di Dewan Undangan Negeri ( DUN) Sungai Bakap apabila calon mereka Abidin Ismail menang kerusi berkenaan dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: PN pertahan kerusi dengan majoriti lebih tinggi
8.15pm: [TIDAK RASMI] Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail memperoleh 14,554 undi, menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin dengan 10,285 undi.
Abidin atau lebih dikenali sebagai Abang Bidin menang dengan majoriti 4,269 undi pada PRK kali ini.
Mengikut data pengiraan, PH hanya memenangi satu saluran iaitu di Puteri Gunong daripada 9 saluran.
7.50 pm: [TIDAK RASMI] Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail menewaskan calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin pada Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap hari ini.
Keputusan tidak rasmi menunjukkan Naib Yang Dipertua PAS itu meraih 13,725 undi meninggalkan pencabarnya, Joohari yang memperoleh 9,816 undi dengan majoriti 3,909 undi.
Ia diperoleh menerusi kiraan 63 daripada 66 saluran peti undi setakat jam 7.45 malam.
7.30 pm: PRK DUN Sungai Bakap: [TIDAK RASMI] PN mendahului setakat jam 7.30 malam, majoriti lebih 2,000 undi
7.30 malam: [TIDAK RASMI] Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail mendahului Calon Pakatan Harapan (PH) Dr Joohari Ariffin.
Abidin meraih 9,528 undi meninggalkan pencabarnya, Joohari yang memperoleh 7,370 undi dengan majoriti 2,158 undi.
Keputusan tidak rasmi itu diperoleh menerusi kiraan 47 daripada 65 saluran peti undi.
7.00 pm: Keputusan tidak rasmi. PN mendahului dengan lebih 1,300 undi setakat ini, manakala PH mempunyai sekitar 1,000 undi.
Polis berpuas hati dengan perjalanan proses mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap hari ini.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: Polis puas hati proses pengundian lancar
6.45pm: [TIDAK RASMI] Pakatan Harapan menang undi pos apabila menerima 63 undi, manakala Perikatan Nasional menerima 56 undi. Sejumlah 119 undi daripada 128 undi pos dikeluarkan telah dihantar
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: [TIDAK RASMI] PH dahului undi pos tujuh undi
Secara tidak rasmi, Pakatan Harapan mendahului undi pos bagi Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. pic.twitter.com/JPGygkgTIL
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 6, 2024
6.30 pm: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya SPR, Datuk Seri Ramlan Harun tiba di Pusat Penjumlahan Undi untuk melakukan tinjauan.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: [TIDAK RASMI] PH dahului undi pos tujuh undi
6.15 pm: Peti undi mula tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Jawi. Undi pos antara yang terawal dibawa.
6.15 pm: Peti undi mula tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Jawi. Undi pos antara yang terawal dibawa. pic.twitter.com/2V0PZhnPrX
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 6, 2024
6.00 pm: Kesemua 9 pusat pengundian ditutup pada jam 6 petang selepas masa pengundian 8 pagi hingga 6 petang tamat. Undi akan dikira di pusat pengundian sebelum peti undi dan kertas penjumlahan undi dibawa ke Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Serbaguna Jawi.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: Pusat pengundian ditutup 6 petang, proses kira undi bermula
5.58 pm: [LANGSUNG] Strim langsung terkini penutupan pusat undi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Sungai Bakap bersama wartawan Kumaran Rajamoney.
4.40 pm: 57.77 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: 57.77 peratus keluar mengundi setakat 4 petang
4.00 pm: 51.3 peratus sudah mengundi setakat 3 petang
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: 51.3 peratus sudah mengundi setakat 3 petang
3:33 pm: SPR memaklumkan, sebanyak 51.3 peratus telah keluar mengundi setakat jam 3 petang.
Seorang ibu sedang berpantang selepas baru 10 hari melahirkan anak sulung, hadir mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap.
Dalila Diana Shafie, 37, yang juga tenaga pengajar di Pusat Pemulihan Dalam Komuniti (PDK) Puteri Gunung, tetap teruja menunaikan tanggungjawabnya sebagai pemilih berdaftar.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: Ibu berpantang hadir mengundi
2.30pm: 44.59 peratus keluar mengundi sehingga jam 2 petang ini – SPR
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: 44.6 peratus sudah mengundi setakat 2 petang
Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, peratusan anak muda keluar mengundi pada PRK DUN Sungai Bakap pada sebelah pagi tadi dilihat agak memberangsangkan.
Menurut Ramlan, selepas meninjau proses pengundian di tiga pusat pengundian, beliau mendapati pola pengundian menyaksikan saluran anak muda merupakan paling banyak diisi.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: Saluran anak muda lebih ramai daripada warga emas – SPR
Mohd Syafiq Mohd Rozei, 29, ditemani pasangannya, Munirah Yahya, 24, lengkap berpakaian songket menunaikan tanggungjawab mengundi, sebelum bergegas ke majlis persandingan.
Mereka membuang undi di SK Jawi.
Sebanyak 31.84 peratus pengundi telah keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari – SPR
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: 31.84 peratus keluar mengundi setakat jam 12 tengah hari
11:55am: Pesakit strok, Rosnah Ramli, 50 dibawa keluar dari ambulans untuk menunaikan tanggungjawab mengundi di SK Sungai Duri, Nibong Tebal.
Menurut Rosnah, dia tidak pernah sekali pun terlepas daripada menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi berdaftar sejak berusia 21 tahun.
Seorang wanita yang mengalami strok separuh badan hingga tidak dapat berjalan menggagahkan dirinya untuk turun mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Bakap. pic.twitter.com/v4zOJkDmNK
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 6, 2024
Artikel penuh: Wanita hidap strok dibawa dengan ambulans ke pusat mengundi
Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad berkata, proses pengundian PRK DUN Sungai Bakap pagi tadi berjalan lancar dan tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku.
Malah pengundi juga dilihat keluar awal untuk melaksanakan tanggungjawab mereka.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: Proses pengundian berjalan lancar pagi ini – Polis
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 24 peratus telah keluar mengundi setakat jam 11.30 pagi ini.
Norlida Hashim, 43, bersama anaknya Muhammad Zairi Hakimi Zairizam, 19, antara yang hadir mengundi di SK Sungai Duri.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, sebanyak 16.74 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi ini.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: 16.74 peratus telah keluar mengundi setakat jam 10 pagi
10.30 am: Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow tiba di pusat pengundian SMK Bandar Tasek Mutiara untuk meninjau proses pengundian.
Lima sekawan selesai menjalankan tanggungjawab mengundi bagi memilih wakil rakyat pada PRK Sungai Bakap.
Mereka yang bersahabat dari kecil, kini berusia 19 tahun, mengambil peluang mengatur pertemuan semula di pusat pengundian SK Sungai Duri, setelah masing-masing membawa haluan sendiri selepas tamat Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sebelum ini.
Artikel penuh: PRK DUN sungai Bakap: 5 sekawan teruja mengundi kali pertama
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) memaklumkan, peratusan pengundi keluar mengundi sehingga jam 9 pagi ini adalah 8.88 peratus.
Tinjauan mendapati, cuaca yang baik dan cerah pada sebelah pagi membolehkan pengundi di DUN Sungai Bakap keluar seawal mungkin untuk menunaikan tanggungjawab pada hari pengundian.
Artikel penuh: PRK DUN Sungai Bakap: 8.88% keluar mengundi sehingga jam 9 pagi – SPR
9.25 am: Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya, Datuk Seri Ramlan Harun tiba di pusat pengundian SMK Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat untuk meninjau proses pengundian.
9.10 am: Calon Pakatan Harapan, Dr Joohari Ariffin tiba di pusat pengundian SK Sungai Duri untuk meninjau proses pengundian.
Difahamkan beliau tidak mengundi dalam PRK ini memandangkan beliau merupakan pengundi berdaftar di DUN Sungai Acheh, iaitu kawasan bersebelahan Sungai Bakap di bawah Parlimen yang sama, Nibong Tebal.
8.50 am: Bekas ADUN Sungai Bakap, Datuk Dr Amar Pritpal Abdullah hadir mengundi di SMK Tun Syed Sheh Barakbah pagi ini.
Artikel lain: Tiada lokasi ‘panas’ di PRK Sungai Bakap – Polis
8.20 am: Calon Perikatan Nasional (PN), Abidin Ismail selesai mengundi di Sekolah Kebangsaan Sungai Duri.
Manakala ibu kepada Abidin, Che Rafeah Zakaria, 79, antara yang terawal tunai tanggungjawab di SK Sungai Duri.
8.11 am: Manimaran Subramaniam menjadi antara pengundi terawal di SMK Tun Syed Sheh Barakbah yang mempunyai 2 saluran mengundi.
8.10 am: Tinjauan Buletin TV3 mendapati ramai pengundi memilih untuk keluar awal menunaikan tanggungjawab mereka di pusat pengundian di SMK Bandar Tasek Mutiara, Simpang Ampat.
8.00 am: Sembilan pusat pengundian dibuka tepat pada jam 8 pagi, membabitkan 65 saluran.
6.35 am: Petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membawa keluar peralatan dan peti undi untuk dibawa ke pusat mengundi.
Tinjauan di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi Pilihan Raya Kecil (PRK) N20 Sungai Bakap di Dewan Serbaguna Jawi.
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa