comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] PRK DUN Pelangai: Amizar menang dengan majoriti 2,949 undi – SPR

Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) 2023 di DUN Pelangai di Pahang hari ini, 7 Oktober 2023.

Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat; calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam dan calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli.


Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengucapkan tahniah kepada, Datuk Amizar Abu Adam di atas kemenangan pada PRK Dun Pelangai kali ini.

Artikel penuh: Gelombang Biru dan Merah semakin diterima rakyat Malaysia – Zahid


Pemimpin UMNO berterima kasih kepada pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai, Bentong kerana memberi kemenangan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amizar Abu Adam.

Artikel penuh: Pemimpin UMNO ucap terima kasih kepada pengundi Pelangai


Keputusan PRK Pelangai bukti pengundi terima baik Kerajaan Perpaduan – MB Pahang

Artikel penuh: Kemenangan BN di Pelangai berjaya sekat Gelombang Hijau – MB Pahang


9.08 PM –  PRK DUN Pelangai: SPR mengumumkan Calon BN Datuk Amizar Abu Adam menang dengan majoriti 2,949 undi.

Cikgu Kasim, Perikatan Nasional (PN) – 4,375 undi

Datuk Amizar Abu Adam, Barisan Nasional (BN) – 7,324 undi

Haslihelmy DM Zulhasli, Bebas – 47 undi

Artikel penuh: PRK Pelangai Rasmi: Amizar diumum pemenang


“Mungkin Allah berikan aku merasai kekalahan di Ketari pada PRU-15 yang lepas untuk aku menabur khidmat bakti di tanah tumpah aku sendiri”, kata calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam

Itu entri terbaharu Calon Barisan Nasional (BN) Amizar Abu Adam di facebook miliknya sebentar tadi.

Artikel penuh: ‘Aku kalah di Ketari untuk menabur khidmat bakti di tanah tumpah aku sendiri’ -Amizar

 


9.06 PM – Suruhanjaya Pilihan Raya umumkan keputusan secara rasmi


 

Tidak rasmi: AMIZAR MENANG DI PELANGAI

Barisan Nasional (BN) mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kali ini, dalam pertembungan tiga penjuru.

Setakat jam 8.10 malam, BN menerusi calonnya, Datuk Amizar Abu Adam memperoleh 7,324 undi, sekali gus menewaskan Perikatan Nasional (PN) yang diwakili Kasim Samat yang mendapat 4,375 undi manakala calon Bebas, Haslihelmy DM Zulhasli hanya 43 undi.


8.10 PM –  Keputusan tidak rasmi

Barisan Nasional (BN) – 7,324

Perikatan Nasional (PN) – 4,375

Bebas – 43


Siaran langsung penjumlahan rasmi undi PRK N.36 Pelangai


8.00 PM – Keputusan tidak rasmi, BN Menang di Dun Pelangai dengan majoriti besar 2,949.


7.55 PM – Tidak rasmi. Barisan Nasional (BN) mendahului dengan majoriti 2,912

Barisan Nasional (BN) – 6,553
Perikatan Nasional (PN) – 3,641
Bebas – 40
Tinggal lagi 3 lagi saluran daripada 31 keseluruhan saluran.

Keputusan tidak rasmi itu dikongsi Setiausaha Agung UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki menerusi Facebook beliau.


TIDAK RASMI: 7.53 PM – PRK DUN Pelangai

Perikatan Nasional (PN) – 283 undi

Barisan Nasional (BN) – 222 undi

Bebas – 1 undi


TIDAK RASMI: 7.50 PM – PRK DUN Pelangai

Barisan Nasional (BN)  – 6,552

Perikatan Nasional (PN) – 3,641

Bebas – 40

TIDAK RASMI: 7.40 PM – PRK DUN Pelangai

Barisan Nasional (BN)  – 5,156

Perikatan Nasional (PN) – 2,658

Bebas – 28

TIDAK RASMI: 7.30 PM – PRK DUN Pelangai

Barisan Nasional (BN)  – 3,787 undi

Perikatan Nasional (PN) – 1,088 undi

Bebas – 21 undi


7.40 PM – Petugas SPR membawa peti unti ke Pusat Penjumlahan Undi Dewan Orang Ramai Felda Kemasul.

 

 

FOTO: NSTP
FOTO: NSTP

 

7.37 PM – Peti undi kedua tiba jam 7.37 petang di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong

 


 

7.33 PM – Peti undi pertama dari tiba jam 7.33 petang di Dewan Orang Ramai Felda Kemasul, Bentong.

Peti undi mula tiba di pusat penjumlahan rasmi undi selepas proses pengundian tamat jam enam petang tadi.

 


Siaran langsung pengiraan undi PRK N.36 Pelangai

 


 

6 .00 pm – Sembilan pusat mengundi dengan 30 saluran ditutup jam 6 petang tadi.

Artikel penuh: PRK Pelangai, pusat pengundian ditutup, proses perjumlahan undi bermula

Pengundi terakhir, Mohamad Zamri Mohamad Fazil mengundi pada jam 5:50 petang di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Felda Kemasul sempena Pilihanraya Kecil N36 Pelangai. – FOTO: NSTP

Peratusan mengundi setakat jam 4.00 petang:


Peratusan mengundi setakat jam 3.00 petang:

 

Artikel penuh: PRK Pelangai: Peratusan mengundi PRK Pelangai 65% setakat jam 3 petang


 

Sebanyak 59 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai telah menjalankan tanggungjawab mereka setakat 2 petang tadi, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Artikel penuh: PRK Pelangai: Peratusan keluar mengundi capai 59 peratus setakat 2 petang


 

Peratusan mengundi setakat jam 2.00 petang:


Foto: NSTP

Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencatatkan 53 peratus setakat 1 tengah hari ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Artikel penuh: PRK Pelangai: 53 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari

 


 

Peratusan mengundi setakat jam 1.00 tengah hari:


 

Strim langsung perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai bersama wartawan Zaid Shah Zulkarnain di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Felda Chemomoi, Bentong.

 


Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyasarkan peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai mencapai 70 peratus.

Artikel penuh: PRK DUN Pelangai: Peratusan keluar mengundi dijangka capai 70 peratus – SPR

 


 

Peratusan mengundi setakat jam 12.00 tengah hari:


 

Peratusan mengundi setakat jam 11.00 pagi:


 

Peratusan mengundi setakat jam 10.00 pagi:


 

Peratusan mengundi setakat jam 9.00 pagi:

Artikel penuh: PRK DUN Pelangai: 10% keluar undi setakat 9 pagi

 


 

Rokiah Said, wanita berusia 80 tahun menjadi pengundi pertama hadir menunaikan tanggungjawabnya di SMK Felda Chemomoi, Pelangai. – Foto: NSTP

Artikel penuh: Warga emas 80 tahun pengundi pertama di SMK Felda Chemomoi

Rokiah Said, wanita berusia 80 tahun menjadi pengundi pertama hadir menunaikan tanggungjawabnya di SMK Felda Chemomoi di sini.

Beliau menunggu di luar pusat daerah mengundi itu seawal jam 7 pagi sambil ditemani anak keduanya, Melati Nisa, 52.

 


 

Foto: NSTP
Foto: NSTP
Foto: NSTP

Sebahagian daripada pengundi muda yang mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Menengah Kebangsaan Felda Chemomoi sempena Pilihanraya Kecil N36 Pelangai.


 

Foto: NSTP

Suasana orang ramai mengundi di Pusat Mengundi SMK Felda Chemomoi.

 


 

Calon PN, Kasim Samat hadir mengundi di Pusat Mengundi SMK Felda Chemomoi sempena PRK N36 Pelangai – Foto: NSTP

8.20am – Calon Perikatan Nasional (PN), Kasim Samat antara pengundi terawal hadir bagi menjalankan tanggungjawab di SMK Felda Chemomoi.

Artikel berkaitan: PRK DUN Pelangai: Calon PN antara terawal mengundi 

 


 

 

Perkembangan terkini PRK DUN Pelangai bersama wartawan Zaid Shah Zulkarnain di SMK Felda Chemomoi, Bentong.

 


 

Sebahagian daripada 16,456 pengundi yang layak mengundi dalam PRK DUN Pelangai hari ini hadir awal di SMK Felda Chemomoi. Foto: NSTP

8.00am – Pusat pengundian bagi DUN Pelangai dibuka. Ia membabitkan sembilan pusat dengan 30 saluran.

Artikel berkaitan: PRK Pelangai: 9 pusat mengundi dibuka bermula 8 pagi

Loading...
Terkini