comscore
Tumpuan :
Nasional

[LANGSUNG] Perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota

Foto hiasan

Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota hari ini, 28 September 2024.

PRK DUN Mahkota menyaksikan pertembungan antara calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah dengan Perikatan Nasional (PN) Mohamad Haizan Jaafar.


7.55 malam – (TIDAK RASMI) BN kekal kemenangan, majoriti lebih besar


6.00 petang – 20 pusat mengundi ditutup, kiraan undi bermula


5.00 petang – Pengantin baharu tunai tanggungjawab mengundi


4.00 petang – Peratusan pengundi  keluar mengundi bagi PRK DEWAN NEGERI N.29 MAHKOTA sehingga jam 4:00 petang adalah  47.16 %

Sumber: SPR

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: 47.16 peratus mengundi setakat 4 petang – SPR


 

4.00 petang – Pengundi muda tidak lepaskan peluang mengundi.

 


2.00 petang – 38.53 peratus keluar mengundi setakat 2 petang – SPR

FOTO: NSTP

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: 38.53 peratus mengundi setakat 2 petang – SPR


Pelawak Shahrol Azizie Azmi atau lebih dikenali sebagai Shahrol Shiro antara pengundi yang menunaikan tanggungjawab pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: Shahrol Shiro tunai tanggungjawab mengundi


1.00 tengah hari – 33.97 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari – SPR

FOTO: NSTP

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: 33.97 peratus keluar mengundi setakat 1 tengah hari – SPR


12.00 tengah hari – 29.08 peratus keluar mengundi setakat 12 tengah hari – SPR


11.00 pagi – 23.39 peratus keluar mengundi setakat 11 pagi – SPR

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menjangkakan lebih 60 peratus kadar peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota.

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: SPR jangka lebih 60 peratus keluar mengundi


Strim langsung sidang media Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) berhubung Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Mahkota di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Kluang, Johor.


10.00 pagi – 16.56 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi – SPR

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: 16.56 peratus keluar mengundi setakat 10 pagi – SPR 


9.00 pagi – Sebanyak 8.89 peratus pengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota telah menunaikan tanggungjawab mereka untuk memilih wakil rakyat baharu setakat pukul 9 pagi ini, menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

 

FOTO: NSTP

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: 8.89 peratus telah mengundi setakat 9 pagi – SPR


Calon Barisan Nasional (BN) Syed Hussien Syed Abdullah mengajak orang Mahkota untuk turun mengundi demi masa depan Kluang.

Calon BN, Syed Hussein Syed Abdullah selesai mengundi sempena Pilihanraya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana Kluang Johor.

Artikel penuh: Syed Hussein ajak orang DUN Mahkota turun mengundi


8.40 pagi – Seorang wanita masih dalam tempoh berpantang selepas baharu 30 hari melahirkan anak sulungnya, hadir mengundi pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, pagi ini.

FOTO: NSTP

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: Wanita masih berpantang hadir untuk mengundi


8.05 pagi – Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi turut turun padang dengan memandu sendiri kenderaan dan membantu pengundi warga emas berkerusi roda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di sini, kira kira 8.05 minit pagi dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.

MB Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi turun padang membantu pengundi warga emas yang berkerusi roda di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Seri Perdana di Kluang Johor, kira kira 8.05 minit pagi. – FOTO: NSTP

Artikel penuh: PRK DUN Mahkota: Pengundi beratur seawal 7.30 pagi tunai tanggungjawab


8:00 pagi – Tepat jam 8 pagi tadi, 20 pusat mengundi membabitkan 109 saluran dibuka untuk proses pengundian.

Artikel penuh: 61,274 pengundi DUN Mahkota pilih wakil rakyat baharu hari ini.


7:30 pagi – Pengundi mula beratur seawal 7.30 pagi bagi menjalankan tanggungjawab memilih wakil rakyat mereka dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Mahkota, hari ini.


Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa

Loading...
Terkini