Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) 2023 di DUN Jepak, Bintulu, Sarawak hari ini, 4 November 2023.
Ia menyaksikan pertembungan tiga penjuru antara calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) Iskandar Turkee, calon Parti Bumi Kenyalang (PBK) Stevenson Joseph Sumbang dan calon Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi) Chieng Lea Phing.
BINTULU: Gabungan Parti Sarawak (GPS) berjaya mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak apabila calonnya Iskandar Turkee diisytiharkan sebagai pemenang dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN itu malam ini.
Artikel penuh: GPS pertahan Jepak dengan majoriti 8,784 undi
8:30PM – Keputusan rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 9,638 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 854 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 431 Undi
Majoriti: 8,784 undi (GPS)
Peratusan Keluar Mengundi: 48.57 peratus
Siaran langsung pusat penjumlahan rasmi undi PRK DUN N.67 Jepak
8:10PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 8,137 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 839 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 391 Undi
7:56PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 5,632 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 639 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 286 Und
7.39PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 4,679 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 386 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 217 Undi
7.35PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 4,154 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 276 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 192 Undi
7.25PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 2,884 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 144 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 91 Undi
7:10PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 1,248 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 72 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 13 Undi
7.00PM – Keputusan Tidak Rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 1,058 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 62 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 10 Undi
6.30PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 681 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 53 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 6 Undi
6.20 PM – Peti undi pos tiba di Pusat Penjumlahan Undi pada jam 6.20 petang
6.15 PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 338 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 26 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 4 Undi
6.00 PM – Keputusan tidak rasmi
Gabungan Parti Sarawak (GPS) – 218 Undi
Parti Bumi Kenyalang (PBK) – 7 Undi
Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (ASPIRASI) – 2 Undi
Siaran langsung pengiraan undi PRK DUN N.67 Jepak
5.50 PM – Peti undi pertama dari pusat mengundi Tadika Kemas Kuala Segan tiba di Pusat Penjumlahan Undi di Dewan Suarah Bintulu jam 5.50 petang.
Artikel penuh: PRK Jepak: Proses penjumlahan undi bermula
4.00 PM – PRK Jepak: Tiga pusat pengundian SK Kuala Annau, SK Sungai Setulan dan Tabika Kemas Kuala Segan ditutup 4 petang -bernama
BINTULU: Tiga daripada 14 pusat pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak ditutup awal iaitu pada 4 petang.
Artikel penuh: PRK Jepak: 3 pusat mengundi ditutup awal
Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 4:00 petang: 46% Sumber: SPR
3.00 PM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 3:00 petang: 45%
Sumber: SPR
2.00 PM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 2:00 petang: 41%
Sumber: SPR
1.30 PM – Jumlah pengundi yang keluar mengundi pada tengah hari dilihat lebih rendah berbanding jumlah pengundi yang hadir pada sebelah pagi.
Bagaimanapun, pengundi masih mempunyai masa sehingga jam 5.00 petang ini untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing dengan mengundi calon yang bakal menjadi wakil rakyat mereka.
Dalam pada itu, rata-rata pengundi muda atau belia yang ditemui menyatakan keterujaan mereka kerana dapat turut terlibat dalam proses demokrasi, selain terdapat segelintir yang keluar mengundi buat pertama kali sempena PRK DUN Jepak ini.
Proses pengundian Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini dilaporkan setakat tengah hari ini, kata Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Ghani Salleh.
Sementara itu, lebih 600 pegawai serta anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) bertugas untuk mengawal keselamatan di semua pusat mengundi, hari ini.
Artikel penuh: PRK Jepak: Proses pengundian lancar -SPR
Keputusan penuh Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak dijangka diketahui kira-kira jam 9 malam nanti.
Artikel penuh: PRK Jepak: Keputusan dijangka jam 9 malam- SPR
1.00 PM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 1:00 tengah hari: 37%
Sumber: SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) optimis sasaran peratusan keluar mengundi sebanyak 65 peratus bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak mampu dicapai.
Artikel penuh: PRK DUN Jepak: SPR optimis dapat capai sasaran 65 peratus keluar mengundi
12.00 PM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 12:00 tengah hari: 33%
Sumber: SPR
11.30 AM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 11:00 pagi: 29%
Sumber: SPR
Proses pengundian yang berlangsung di semua 14 pusat mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak berjalan lancar dan aman tanpa sebarang insiden.
Artikel penuh: PRK DUN Jepak: Proses pengundian lancar tanpa sebarang insiden
Calon Gabungan Parti Sarawak G-P-S bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri DUN Jepak, Iskandar Turkee berharap akan ada keputusan terbaik buat dirinya dan G-P-S hari ini.
Artikel penuh: PRK DUN Jepak: Iskandar harap keputusan terbaik untuk GPS
11.00 AM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 10:00 pagi: 22%
Sumber: SPR
10.00 AM – Peratus pengundi keluar mengundi bagi PRK DUN N.67 Jepak, Sarawak sehingga jam 9:00 pagi: 13%
Sumber: SPR
9.15 AM – 14 pusat mengundi dan 45 saluran telah mula dibuka seawal jam 7.23 pagi tadi bagi membolehkan lebih 22,000 pengundi menunaikan tanggungjawab mereka pada PRK Jepak.
Cuaca di sebelah pagi juga diramalkan cerah, sekaligus memberi kemudahan buat orang ramai untuk keluar mengundi awal.
Seramai 22,804 pengundi dijangka menunaikan tanggungjawab mereka pada Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Jepak hari ini bagi memilih wakil rakyat baharu mewakili mereka untuk tempoh lima tahun akan datang.
Artikel penuh: PRK Jepak: Lebih 22,000 pengundi tunai tanggungjawab di 14 Pusat Mengundi hari ini
7.55 AM – Strim langsung perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) Jepak bersama wartawan Kadir Edison dari SK Bintulu, Bintulu, Sarawak.