Ikuti perkembangan terkini Pilihan Raya Kecil (PRK) 2023 di Simpang Pulai dan Simpang Jeram yang berlangsung hari ini, 9 September 2023.
10.08 PM – Pakatan Harapan (PH) mengekalkan penguasaan di Parlimen Pulai.
Keputusan rasmi meletakkan calonnya, Suhaizan Kayat menang dengan majoriti besar 18,641 undi.
Artikel berkaitan: [RASMI] PH kekalkan penguasaan di Pulai
TIDAK RASMI: 10.00 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat memenangi Pilihan Raya Kecil (PRK) bagi Parlimen Pulai.
Suhaizan Kayat (PH) – 48,283 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 29,642 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 528 undi
Jumlah peti undi diterima: 298 daripada 298
Majoriti: 18,641 undi
Artikel berkaitan: Penyokong rai kemenangan calon PH di DUN Simpang Jeram
TIDAK RASMI: 9.40 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 38,746 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 26,098 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 437 undi
Jumlah peti undi diterima: 254 daripada 298
Majoriti: 12,646 undi
TIDAK RASMI: 9.35 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 35,717 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 23,933 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 404 undi
Jumlah peti undi diterima: 235 daripada 298
Majoriti: 11,805 undi
9.28 PM – Calon Pakatan Harapan, Ir Nazri Abdul Rahman (dua kiri) diumumkan memenangi Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Muar.
Beliau memenangi kerusi DUN Simpang Jeram dengan majoriti 3,514 undi.
Artikel berkaitan: [RASMI] Simpang Jeram kekal milik PH, majoriti lebih besar
TIDAK RASMI: 9.29 malam – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 33,442 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 21,832 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 373 undi
Jumlah peti undi diterima: 220 daripada 298
Majoriti: 11,610 undi
TIDAK RASMI: 9.24 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 31,438 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 21,057 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 353 undi
Jumlah peti undi diterima: 210 daripada 298
Majoriti: 10,381 undi
TIDAK RASMI: 9.17 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 28,005 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 18,626 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 310 undi
Jumlah peti undi diterima: 188 daripada 298
Majoriti: 9,379 undi
TIDAK RASMI: 9.06 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 23,986 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 16,621 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 271 undi
Jumlah peti undi diterima: 165 daripada 298
Majoriti: 7,365 undi
TIDAK RASMI: 8.55 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 20,487 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 13,238 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 224 undi
Jumlah peti undi diterima: 141 daripada 298
Majoriti: 7,206 undi
TIDAK RASMI: 8.50 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 18,448 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 11,167 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 205 undi
Jumlah peti undi diterima: 127 daripada 298.
TIDAK RASMI: 8.43 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 16,506 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 9,705 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 182 undi
Jumlah peti undi diterima: 114 daripada 298.
TIDAK RASMI: 8.25 PM – Parlimen Pulai
Perikatan Nasional (PN) – 6,396 undi
Pakatan Harapan (PH) – 11,102 undi
Bebas – 120 undi
Jumlah peti undi diterima: 82 daripada 298.
TIDAK RASMI: 8.10 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 7,485 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 4,161 undi
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 67 undi
Jumlah peti undi diterima: 54 daripada 298.
TIDAK RASMI: 8 PM – Parlimen Pulai
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat mendahului kiraan undi.
Suhaizan Kayat (PH) – 4,053 undi
Zulkifli Jaafar (PN) – 2,937
Samsudin Mohamad Fauzi (Bebas) – 46 undi
Jumlah peti undi diterima: 35 daripada 298.
TIDAK RASMI: 8 PM – DUN Simpang Jeram
Calon Pakatan Harapan, Nazri Abdul Rahman mendahului di DUN Simpang Jeram.
Nazri Abdul Rahman (PH) – 13,600 undi
Dr Mohd Mazri Yahya (PN) – 10,260 undi
S. Jeghanaathan (Bebas) – 309 undi
Majoriti: 3,340 undi
TIDAK RASMI: 7.40 PM – Parlimen Pulai
Perikatan Nasional (PN) – 1,140 undi
Pakatan Harapan (PH) – 1,480 undi
Bebas – 15 undi
TIDAK RASMI: 7:55 PM – DUN Simpang Jeram
Perikatan Nasional (PN) – 640 undi
Pakatan Harapan ( PH) – 454 undi
Bebas – 2 undi
7.07 PM – Peti undi pertama dari SK Nong Chik tiba jam 7.07 petang di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
6.30 PM – Empat lagi beg berisi peti undi pos tiba di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Kesemua peti undi itu kemudian diserahkan kepada Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Pulai Miswan Yunus.
6.11 PM – Tiga beg berisi peti undi terawal tiba di Pusat Penjumlahan Rasmi Undi bagi PRK DUN Simpang Jeram di Dewan Jubli Intan Sultan Ibrahim, Johor Bahru.
Muhammad Nuzul Ikhwan Nurallail, 35, tidak dapat mengundi pada PRK Parlimen Pulai kerana tiba selepas jam 6 petang di Pusat Pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Kempas.
Artikel berkaitan: Pusat pengundian ditutup, proses penjumlahan undi bermula
6.00 PM – Proses pengundian bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) di Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram yang bermula 8 pagi tadi, berakhir dengan kesemua 61 pusat mengundi ditutup sepenuhnya.
Setakat jam 5pm;
Peratusan keluar mengundi
Parlimen Pulai: 45%
DUN Simpang Jeram: 59%
Meningkat 3% bagi kedua kedua kerusi yang dipertandingkan.@BuletinTV3@BuletinTV9
— Ridhwan (@wanNewsMPB) September 9, 2023
Pengundi berlari pada saat akhir bagi menunaikan tanggungjawab mengundi di Kolej Vokasional Muar pada Pilihan Raya Kecil DUN Simpang Jeram.
Pengundi terakhir, Che Ku Shahadam Che Ku Hassan, 27, sempat membuang undi pada PRK Parlimen Pulai di pusat pengundian di Sekolah Kebangsaan Seri Kenanga, Kempas.
Strim langsung bersama wartawan Zulfakri Shamsul bagi penutupan pusat pengundian pada pukul 6 petang sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dari SK IJ Convent Johor Bahru.
Sehingga jam 4 petang, 42 peratus keluar mengundi di Parlimen Pulai, 56 peratus di DUN Simpang Jeram. – SPR
Artikel berkaitan: PRK: 42% keluar mengundi di Pulai, 56% di Simpang Jeram setakat 4 petang
Presiden MUDA, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman selesai menunaikan tanggungjawab mengundi di Sekolah Kebangsaan (SK) Taman Sutera, Johor Bahru.
Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Nur Jazlan Mohamed menunaikan tanggungjawab mengundi di Pusat Pengundian di Sekolah Agama Dato’ Omar Yusof, Kampung Pasir, Johor Bahru.
3.50 PM – Peratusan keluar mengundi di Pulai dan Simpang Jeram, masing-masing 38 peratus dan 51 peratus setakat 3 petang – SPR
Strim langsung proses pengundian PRK Parlimen Pulai setakat jam 3 petang.
3.00 PM – Sehingga jam 2 petang, peratusan keluar mengundi bagi PRK Parlimen Pulai ialah 33 peratus dan DUN Simpang Jeram 44 peratus. – SPR
Calon Perikatan Nasional (PN) Parlimen Pulai, Zulkifli Jaafar menemani ibu mertuanya, Montiah Emam, 77, mengundi di Pusat Mengundi Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Tampoi di Johor Bahru.
1.00 PM – Peratusan keluar mengundi Pulai dan Simpang Jeram, masing-masing 29 peratus dan 39 peratus setakat 1 tengah hari – SPR
Peratusan keluar mengundi di Parlimen Pulai 24 peratus, DUN Simpang Jeram 33 peratus setakat jam 12 tengah hari – SPR
Artikel berkaitan: PRK Johor: SPR optimis sasaran keluar mengundi 70 peratus
Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan terus memantau kandungan dan kenyataan dibuat mana-mana individu berhubung isu 3R (agama, kaum, diraja) dalam pelbagai media sosial.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Polis terus pantau isu 3R
Peratusan keluar mengundi di PRK Parlimen Pulai dan DUN Simpang Jeram, masing-masing 13 dan 18 peratus setakat jam 10 pagi – SPR
12.00 PM – Calon Perikatan Nasional (PN), Dr Mohd Mazri Yahya menyifatkan perjalanan PRK DUN Simpang Jeram berjalan lancar, setakat ini.
“Saya dan kakak hadir mengundi bagi menepis dakwaan menyatakan golongan muda tidak berminat mengundi”, kata L Pavitrawini, 22, yang teruja terlibat dalam proses demokrasi negara.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Dua beradik mahu tepis tuduhan golongan muda tidak minat mengundi
11.50 AM – Strim langsung proses pengundian PRK Parlimen Pulai setakat jam 11.50 pagi.
Pengantin baru, Muhammad Nur Aizat Fuad, 25, mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai, Muar pada Pilihanraya Kecil DUN Simpang Jeram.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Dakwat biru, inai merah, hiasi jari raja sehari
Pekerja Malaysia di Singapura, S.Rajasegaran (dua dari kiri) bersama isteri, N. Kogila (dua dari kanan) dan anak-anak mereka mengundi di SMK Taman Bukit Indah.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Rakyat Malaysia kerja di Singapura semangat nak mengundi
Pekerja Malaysia di Singapura, Paul Niew pulang untuk mengundi di SMK Taman Bukit Indah.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Rakyat Malaysia kerja di Singapura semangat nak mengundi
Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Ghani Salleh melawat pusat mengundi sempena Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai di SMK Taman Bukit Indah, Johor.
11.10 AM – Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Ayob Khan Mydin Pitchay ketika meninjau Pusat Mengundi di Maktab Sultan Abu Bakar (MSAB) di sini, hari ini.
Calon Pakatan Harapan (PH), Suhaizan Kayat berharap pengundi di Parlimen Pulai keluar awal untuk mengundi berikutan keadaan cuaca yang mendung ketika ini dan dijangka hujan pada sebelah petang.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Calon PH seru pengundi keluar awal
10.24 AM – Calon PH, Ir Nazri Abdul Rahman (kiri) bertemu dengan calon PN, Dr Mazri Yahya ketika menunggu untuk mengundi di Sekolah Jenis Kebangsaan (Cina) Pei Chai, Muar sempena Pilihanraya Kecil DUN Simpang Jeram.
10.00 AM – Strim langsung proses pengundian PRK Parlimen Pulai setakat jam 10 pagi.
9.32 AM – PRK: Peratusan keluar mengundi di Pulai dan Simpang Jeram, masing-masing 7 dan 9 peratus setakat 9 pagi – SPR
9.30 AM – Hujan lebat tidak menghalang orang ramai keluar menunaikan tanggungjawab sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai pagi ini.
Tinjauan di pusat mengundi di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Taman Bukit Indah, di sini pagi tadi mendapati cuaca mendung sejak awal pagi disusuli hujan renyai bermula jam 9.30 pagi.
Artikel berkaitan: PRK Johor: Hujan lebat tidak halang orang ramai keluar mengundi
9.22 AM – Calon Pakatan Harapan Parlimen Pulai, Suhaizan Kayat bersama isteri selesai mengundi sempena Pilihanraya Kecil Parlimen Pulai di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kempas, Johor.
Artikel berkaitan: PRK Pulai: Suhaizan, isteri mengundi di SK Seri Melati
9.10 AM – Pasangan penjawat awam, Fauzi Rahman, 42, dan isterinya, Siti Nur Sapinah Mohamad,42, yang sedondon mengenakan baju melayu dan kurung putih hadir menjalankan tanggungjawab mereka di Pusat Mengundi Sekolah Kebangsaan Pengkalan Rinting, jam 8.15 pagi tadi.
Artikel berkaitan: Suami isteri berbusana putih mengundi sebelum hadiri majlis penikahan adik
9.04 AM – Pengundi, Mazidah Aziz, 53, (tengah) bersama M.Valliamal, 57 dan Sia Shue Yeng, 59, menunjukkan jari yang dicelup dakwat khas selepas mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, Muar sempena Pilihanraya Kecil DUN Simpang Jeram.
8.49 AM – Muhammad Izzat Hanafi Suhaili, 22, yang menghidap Muscular Dystrophy mengundi di Sekolah Kebangsaan Simpang Jeram, Muar sempena Pilihanraya Kecil DUN Simpang Jeram.
8.34 AM – Ler Leong Thai, 79, (kanan) dan Mohd Asri Shahrum, 48, antara pengundi terawal membuang undi di SK Seri Bukit Batu, Jeram, pagi ini.
8.19 AM – Pengundi menjalankan tanggungjawab Sekolah Kebangsaan Seri Bukit Batu pagi ini.
8.16 AM – Pengundi beratur menunggu untuk masuk ke pusat mengundi sempena PRK Parlimen Pulai di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kempas, Johor.
8.11 AM – #PRKPulai: Suasana sekitar pusat mengundi SK Seri Melati, Johor Bahru.
#PRKPulai Suasana sekitar pusat mengundi SK Seri Melati, Johor Bahru pic.twitter.com/Oo7IN9kauC
— Zulfakhri (@FakhriNewsMPB) September 9, 2023
8.11 AM – #PRKPulai: Farhana Noor 36, Noor Othman, 60, Salasiah Katan 59, sekeluarga pertama yang keluar dari pusat mengundi pada jam 8.06 di SK Seri Melati hari ini seusai melaksanakan tanggungjawab.
#PRKPulai Farhana Noor 36, Noor Othman, 60, Salasiah Katan 59, sekeluarga pertama yang keluar dari pusat mengundi pada jam 8.06 di SK Seri Melati hari ini seusai melaksanakan tanggungjawab.@BuletinTV3 pic.twitter.com/0qbCmlDBqi
— Zulfakhri (@FakhriNewsMPB) September 9, 2023
8:00 AM – Strim langsung proses pengundian PRK Parlimen Pulai setakat jam 8 pagi.
Pengundi mula masuk ke pusat mengundi sempena Pilihan Raya Kecil Parlimen Pulai di Sekolah Kebangsaan Seri Melati, Kempas, Johor.
8.00 AM – Sebanyak 61 pusat pengundian dengan 362 tempat mengundi atau saluran dibuka serentak bermula 8 pagi ini, sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Pulai dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Simpang Jeram.
Artikel berkaitan: Pusat undi PRK Pulai, Simpang Jeram dibuka 8 pagi ini