Ikuti perkembangan terkini Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah.

11:25 am: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah berangkat meninggalkan Balairung Seri, Istana Negara diiringi tiupan nafiri dan nobat.

11:15 am: Pegawai Agama Istana Negara membacakan Doa Selamat.


11:05 am: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melafazkan Titah Diraja.
Artikel penuh: Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17

10:55 am: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap bagi mempersembahkan Ucapan Tahniah dan Ikrar Taat Setia Kerajaan dan Rakyat Malaysia kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.
Artikel penuh: Yang di-Pertuan Agong tonggak kekuatan negara, pengikat perpaduan – PM

10:52 am: Laungan Daulat Tuanku bergema di Balairung Seri, Istana Negara.

10:50 am: Nobat Raja Bertabal dialunkan menandakan Sultan Ibrahim selamat ditabalkan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.

10:48 am: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan melafazkan Warkah Ikrar.

10:43 am: Keris Kerajaan dibawa masuk ke Balairung Seri, Istana Negara dan dipersembahkan kepada Sultan Ibrahim.

10:40 am: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadap untuk membacakan Surat Pengisytiharan.

10:37 am: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim mengucup dan menjunjung Al-quranul Karim.

10:35 am: Al-Quranul Karim dan Alat-alat Kebesaran bagi Istiadat Pertabalan dibawa masuk ke Balairung Seri, Istana Negara.
Al-Quranul Karim dipersembahkan kepada Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim.


10:30 am: Istiadat Pertabalan Sultan Ibrahim sebagai Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-17 dimulakan.
Artikel penuh: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17: Istiadat Pertabalan bermula

10:27 am: Keberangkatan masuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah ke Balairung Seri, Istana Negara diiringi tiupan nafiri dan nobat Raja Berangkat oleh Kumpulan Nobat Perak.

10.20 am: Keberangkatan masuk Raja Bahrain, Raja Hammad Isa Al-Khalifa ke Balairung Seri, Istana Negara.

9.48 am: Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim berkenan memeriksa Kawalan Kehormat Rejimen Askar Melayu Diraja.

9:45 am: Keberangkatan tiba Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim dan Raja Permaisuri Agong, Raja Zarith Sofiah disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9:35 am: Keberangkatan tiba Sultan Brunei, Sultan Hassanal Bolkiah bersama isteri disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

9:07 am: Keberangkatan tiba Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda di Anjung Utama dan diiringi ke Dewan Seri Maharaja.
Keberangkatan tiba Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Ibni Sultan Ibrahim, dan Che’ Puan Mahkota Khaleeda di Anjung Utama dan diiringi ke Dewan Seri Maharaja. pic.twitter.com/n6Ct0UuXLu
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) July 20, 2024

8.30 am: Kenderaan yang membawa Dif-dif kehormat tiba di Istana Negara pagi ini.
Antaranya, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang tiba pada jam 8.45 pagi.
Sebelum itu, kenderaan yang membawa Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di perkarangan Istana Negara sekitar jam 8.33 pagi.
Artikel penuh: Istiadat Pertabalan Yang di-Pertuan Agong ke-17: Tetamu kehormat tiba di Istana negara
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa