Ikuti perkembangan terkini Istiadat Keberangkatan Tiba Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar.
11:30- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membaca kandungan Surat Perisytiharan Memegang Jawatan oleh Yang di-Pertuan Agong ke-17.
11:22 am- Sultan Perak, Sultan Nazrin Shah berkenan melafaz sumpah serta menandatangani Surat Sumpah Jawatan sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong.
11.18- Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan Yang Di-Pertuan Agong ke-17.
11.08 am- Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof serta barisan menteri kabinet di Istana Negara.
10.46 am – Sultan Ibrahim berkenan memeriksa pasukan Kawalan Kehormatan Utama yang terdiri daripada pegawai, anggota Batalion Pertama Rejimen Askar Melayu Diraja.
10.40 am – Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
10.37 am – Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim di Istana Negara bagi Istiadat Melafaz dan Menandatangani Surat Sumpah Jawatan yang akan diadakan pada Mesyuarat Majlis Raja-Raja ke-264 (Khas) di Balairung Seri.
Artikel penuh: Sultan Ibrahim tiba di Istana Negara
[LANGSUNG] Strim langsung Istiadat Keberangkatan Tiba DYMM Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar di Dataran Istana Negara
9.52 am – Keberangkatan tiba Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim ke Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang, disambut Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah.
Arttikel penuh: Sultan Ibrahim tiba di Pangkalan Udara TUDM Subang
9.40 am – Pesawat dinaiki Yang di-Pertuan Agong ke-17, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar mendarat tiba di Pangkalan Udara Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) Subang
9.35 am – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di perkarangan pintu utama Istana Negara bagi menghadiri Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Ribuan rakyat Johor menunggu seawal jam 6.30 pagi di sepanjang laluan dari Istana Bukit Serene hingga ke Lapangan Terbang Antarabangsa Senai (LTAS) di Kulai bagi menyaksikan detik bersejarah keberangkatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 Sultan Ibrahim ke Istana Negara, Kuala Lumpur, hari ini.
Artikel penuh: Rakyat Johor iringi keberangkatan Sultan Ibrahim ke Istana Negara
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar berangkat ke ibu negara bagi Istiadat Keberangkatan Tiba sempena pelantikan baginda sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17.
Lintas langsung bersama wartawan Zahir Senapiah di Johor Bahru, Johor.
9.00 am – Pesawat peribadi yang dinaiki Sultan Johor, Sultan Ibrahim berlepas ke ibu negara kira-kira jam 9.00 pagi dari Lapangan Terbang Senai bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
8.45 am – Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat ke ibu negara dari Lapangan Terbang Senai bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
8.35 am – Sultan Johor, Sultan Ibrahim tiba di Lapangan Terbang Senai bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat ke Lapangan Terbang Senai, pada jam 7.45 pagi bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Artikel penuh: [VIDEO] Sultan Ibrahim berangkat tinggalkan Istana Bukit Serene
Sultan Johor, Sultan Ibrahim berangkat ke Lapangan Terbang Senai, pada jam 7.45 pagi bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
Video: NSTP pic.twitter.com/e1qbjL8YCI
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 31, 2024
8.00 am – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar dijadual mengangkat sumpah jawatan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 hari ini bagi tempoh lima tahun.
Artikel penuh: Sultan Ibrahim dijadual angkat sumpah Yang di-Pertuan Agong Ke-17 hari ini
7.57 am – Strim langsung Perarakan Keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke ibu negara dari Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.
7.53 am – Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar berangkat ke Lapangan Terbang Senai, pada jam 7.45 pagi bagi ke Istiadat Melafaz Sumpah Jawatan Yang di-Pertuan Agong ke-17 di Istana Negara.
7.43 am – Suasana ceria dan teruja orang awam ketika menyambut keberangkatan Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar ke ibu negara, di luar Majlis Bandaraya Iskandar Puteri, Johor Bahru, Johor.