Ikuti perkembangan terkini Istiadat Keberangkatan Balik Sempena Tamat Tempoh Pemerintahan Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.
1:45 pm – Yang di-Pertuan Agong tiba di Dewan Jubli Perak Sultan Haji Ahmad Shah dengan diiringi dua ekor gajah, simbolik negeri Pahang.
Perarakan turut disambut rakyat jelata termasuk penjawat awam dan pelajar sekolah yang membanjiri kawasan itu untuk Lambaian Kasih.
Lintas langsung Istiadat Perarakan Diraja dan Lambaian Kasih di Kuantan, Pahang.
12:51 pm – Yang di-Pertuan Agong berangkat meninggalkan Pangkalan Udara Kuantan menuju ke Dewan Jubli Perak.
Seri Paduka Baginda berdua menyantuni rakyat jelata Pahang yang setia menanti keberangkatan balik baginda seawal jam 6 pagi.
11:50 am – Pesawat membawa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong mendarat di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
Lintas langsung bersama wartawan Fazli Ahmad di Pangkalan Udara Kuantan, Pahang
11:17 am – Pesawat membawa keberangkatan balik DYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah berlepas ke Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
Lambaian kasih rakyat jelata untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong.
Artikel penuh: Perarakan penuh warna-warni iringi keberangkatan balik Yang di-Pertuan Agong ke-16
Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong sebelum berangkat balik ke Kuantan, Pahang.
Yang Di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berkenan menyantuni petugas-petugas di KLIA sebelum berangkat pulang ke Pangkalan Udara Kuantan, Pahang.
10:16 am – Perarakan rombongan diraja dan persembahan sambutan keberangkatan tiba Yang Di-pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di Kompleks Bunga Raya, KLIA.
9:25 am – Persediaan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sempena keberangkatan tiba Yang Di-pertuan Agong.
9.20 am – Lambaian Kasih untuk Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di sepanjang perjalanan baginda berdua dari Parlimen ke Kompleks Bunga Raya, KLIA.
9:15 am – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong berangkat ke Kompleks Bunga Raya, KLIA.
Artikel penuh: Istiadat Keberangkatan Balik: Ribuan rakyat jelata beri lambaian kasih
Artikel penuh: Lambaian selamat tinggal penuh istiadat buat Yang di-Pertuan Agong ke-16
Suasana sekitar istiadat Hormat Diraja di Dataran Parlimen.
KDYMM Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan
Abdullah memeriksa Kawalan Kehormatan Utama.
Lintas langsung bersama wartawan Fahiz Ariff di Buletin Pagi TV3.
8.33 am – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong tiba di Dataran Parlimen.
Artikel penuh: Lambaian Kasih: Keberangkatan tiba Al-Sultan Abdullah di Dataran Parlimen untuk Istiadat Keberangkatan Balik
Pasukan pelambai seramai 3,650 di pekarangan luar pintu masuk Parlimen seawal jam 6 pagi dengan bas yang disediakan.
Artikel penuh: Lambaian Kasih: Pengalaman manis buat pasukan pelambai
Suasana orang awam menyambut ketibaan Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong di luar pekarangan Parlimen.
Yang di-Pertuan Agong dan Raja Permaisuri Agong serta ahli-ahli rombongan meninggalkan Istana Negara menuju ke Dataran Parlimen.
8:10 am – Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong XVI, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah berangkat meninggalkan Istana Negara.
7 am – Penjawat awam hadir bagi menyertai acara Lambaian Kasih bersempena Istiadat Keberangkatan Balik YDP Agong ke-16, sepanjang Jalan Parlimen, Kuala Lumpur.
7 am – Pengamal media tempatan mula berkumpul di luar pekarangan Istana Negara untuk liputan sempena Istiadat Keberangkatan Balik hari ini. Al-Sultan Abdullah dijadual berangkat meninggalkan Istana Negara menuju ke Dataran Parlimen, kira-kira jam 8.10 pagi.
Artikel penuh: Lambaian Kasih: Pengamal media mula berkumpul di pekarangan Istana Negara untuk liputan