comscore
Tumpuan :
Nasional

Inti pati Belanjawan 2024 Malaysia Madani

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan Belanjawan 2024 di Dewan Rakyat pada Jumaat, 13 Oktober 2023.

Belanjawan 2024 bertema ‘Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat’ itu bakal menyaksikan penyepaduan dasar-dasar menerusi Pelan Hala Tuju Peralihan Tenaga Negara, Pelan Induk Perindustrian Baharu 2030 dan Kajian Separuh Penggal Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) selaras dengan kerangka Ekonomi MADANI.

Berikut adalah inti pati penting Belanjawan 2024;

  • Belanjawan MADANI kedua hamparkan tekad Kerajaan Perpaduan bagi angkat darjat harakat ekonomi negara & rakyat.

  • Sejumlah RM303.8 billion diperuntukkan untuk belanja mengurus, RM90 billion bagi belanja pembangunan dan RM2 billion untuk simpanan luar jangka.

  • Harga petrol RON95 kita antara termurah di dunia, RM2.05 seliter – PM
  • Penambahan siling RMK12 sebanyak RM15 billion menjadikan jumlah keseluruhan RM415 billion untuk tempoh lima tahun.

  • 33 Projek Tebatan Banjir Berkeutamaan Tinggi akan dilaksana, libat kos RM11.8 bilion.
  • Kerajaan pertimbang pengecualian cukai keuntungan modal ke atas pelupusan saham IPO yang diluluskan, penstrukturan dalaman, syarikat modal teroka.
  • Beberapa langkah reformasi percukaian akan dilaksanakan bagi meluaskan asas hasil negara tahun hadapan.

  • Kerajaan bercadang menaikkan kadar Cukai Perkhidmatan kepada 8.0 peratus ketimbang 6.0 peratus.
  • Kerajaan akan kuatkuasa pelaksaan Cukai Keuntungan Modal bagi pelupusan saham tidak tersenarai oleh syarikat tempatan berdasarkan keuntungan bersih pada kadar 10 peratus mulai 1 Mac 2024.
  • Kerajaan mengamalkan pendekatan fiscal yang mengembang, pada masa sama bertanggungjawab mengurangkan deficit fiskal secara berperingkat.
  • Kerajaan hargai komitmen PDRM, SPRM, Jabatan Kastam dalam tingkatkan penguatkuasaan & operasi banteras ketirisan hasil negara.
  • Agensi penguat kuasa yang tunjukkan komitmen berterusan dan prestasi cemerlang akan diberikan ganjaran sewajarnya.
  • Kerajaan dijangka akan melaksanakan cukai minimum global pada tahun 2025 dan hanya terpakai kepada syarikat yang mempunyai pendapatan global sekurang-kurangnya Euro 750 juta.
  • Kerajaan setuju kuatkuasa e-invois secara mandatori kepada pembayar cukai dengan pendapatan atau jualan tahunan melebihi RM100 juta mulai 1 Ogos 2024.
  • Cadangan kenaikan kadar Cukai Perkhidmatan tidak termasuk makanan, minuman & telekomunikasi

  • Hasil penjimatan subsidi sebahagiannya akan disalurkan terus untuk meningkatkan peruntukan bantuan tunai melalui Sumbangan Tunai Rahmah daripada RM8 billion kepada RM10 billion.

  • Trend semasa tunjukkan bekalan ayam dan telur mula stabil, harga pasaran semasa kini berada di bawah harga siling kawalan.
  • Kawalan harga sementara ayam & telur akan dilepaskan agar pasaran tempatan boleh berfungsi bebas dalam pastikan keterjaminan bekalan.

  • Program Jualan Rahmah akan diperluas.
  • Kerajaan sedia peruntukan sehingga 10 peratus daripada jumlah NIMP sebagai pemangkin, dana permulaan 2024 sebanyak RM200 juta.
  • NIMP sasar jumlah pelaburan keseluruhan RM95 bln, disamping 3.3 juta peluang pekerjaan dengan gaji penengah sehingga RM4,510 sebulan menjelang 2030
  • Institusi kewangan pembangunan akan distruktur semula melalui penggabungan Bank Pembangunan Malaysia, SME Bank, Exim Bank.
  • Kerajaan akan memperkukuh persekitaran modal teroka melalui pemusatan agensi modal seperti Penjana Kapital dan MAVCAP di bawah Khazanah Nasional Bhd.
  • BNM, sektor kewangan sedang bangun Portal Fraud Kebangsaan dijangka siap menjelang pertengahan 2024.
  • Kerajaan sedia RM28 juta bagi membangunkan platform MYStartup
  • Kerajaan sasar kedudukan 20 teratas bagi Ekosistem Syarikat Pemula Global menjelang 2030, selain jadikan Kuala Lumpur sebagai hab industri digital dan syarikat pemula bagi rantau Asia Tenggara.
  • Pendekatan subsidi bersasar telah menjimatkan lebih RM4.6 bln daripada unjuran subsidi elektrik RM20 bln.
  • Kerajaan berhasrat merasionalisasi subsidi secara berfasa.
  • Kerajaan tidak akan berdiam diri sekiranya penyasaran semula subsidi dijadikan alasan untuk naikkan harga barang dengan semberono.
  • MITI dan MIDA bertangggungjawab mudahkan urusan pelaburan FDI dan DDI bermula daripada permohonan sehingga pelaburan direalisasikan.
  • Kerajaan akan membuka kawasan perindustrian berteknologi tinggi di Kerian, Perak Utara bagi membina ekosistem lebih luas untuk kluster E&E di wilayah utara.
  • GLC dan GLIC sedia dana sehingga RM1.5 billion untuk menggalakkan syarikat pemula termasuk usahawan PKS bumiputera menceburi bidang HGHV.
  • Persidangan Antarabangsa mengenai Ekonomi dan Kewangan Islam (ICIEF2023) akan dianjurkan pada Disember 2023 sebagai usaha mempelopori peralihan kepada sistem kewangan Islam yang lebih syumul.
  • Nilai keseluruhan pinjaman, jaminan pembiayaan yang tersedia untuk manfaat usahawan PKMS berjumlah sehingga RM44 bln tahun hadapan.
  • Kemudahan pinjaman kecil dengan dana keseluruhan RM2.4 bln dibawah BNM, BSN, TEKUN.
  • RM330 juta dibawah TEKUN, RM30 juta khusus untuk pembiayaan perniagaan diusahakan masyarakat India.
  • BNM, institusi kewangan Islam sedang memajukan program rintis pelaburan berimpak melalui Akaun Pelaburan atau Investment Account (IA) yang lebih meluas.
  • Malaysia kekal pada kedudukan pertama dalam keseluruhan Indikator Pembangunan Kewangan Islam (IFDI) global untuk 10 tahun berturut-turut.
  • erajaan cadang pengecualian cukai pendapatan ke atas pendapatan yang terbit daripada Islamic Securities Selling and Buying (ISSB) mulai tahun taksiran 2024.
  • RM8 bln dana pinjaman dibawah BNM bagi menyokong syarikat PKS.
  • SJPP akan jamin sehingga 80 peratus pinjaman usahawan PKS dalam bidang ekonomi hijau, teknologi dan halal dengan dana jaminan sehingga RM20 bln.
  • RM100 juta dana pembiayaan bagi gerakan koperasi melalui Tabung Modal Pusingan Suruhanjaya Koperasi Malaysia.

  • RM2.4 bilion diperuntukkan untuk bina, selenggara dan baik pulih kuarters penjawat awam, guru, hospital, anggota polis,tentera & bomba.
  • RM100 juta geran pendigitalan sehingga RM5,000 untuk manfaat usahawan PKS, pengusaha mikro.
  • Sembilan institusi kewangan tawar program khusus untuk PKS halal selaras dengan Pelan Induk Industri Halal 2030.

  • RM40 juta bagi laksana Program Shop Malaysia Online bagi peniaga kecil khusus dalam bidang makanan untuk berniaga dari rumah.
  • Kerajaan memperuntukkan dana tambahan i-TEKAD sehingga RM25 juta secara geran padanan dengan institusi kewangan bagi memberi manfaat kepada lebih ramai usahawan.
  • RM100 juta diperuntukkan untuk sokong usaha NGO & pertubuhan masyarakat sivil dalam tangani pelbagai isu rakyat.
  • Kerajaan akan terus membela nasib rakyat dan tumpukan keutamaan terhadap perkhidmatan dan projek yang beri kesejahteraan kepada rakyat.
  • Sejumlah RM930 juta diperuntuk bagi menaik taraf bangunan dan prasarana 450 sekolah daif, termasuk 185 projek di Sarawak dan 155 di Sabah.
  • Projek pembaikan tandas di 8,354 sekolah hampir siap sepenuhnya tahun ini.
  • RM150 juta disediakan bagi selenggara dan baiki tandas awam di 150 PBT seluruh negara
  • Kerajaan sedia RM10 juta dibawah Program Pengukuhan Francais bagi meningkatkan eksport.
  • Kerajaan akan perkenal galakan cukai Hab Perkhidmatan Global dengan insentif kadar cukai pendapatan 5 peratus atau 10 peratus yang ditentukan berdasar keberhasilan untuk tempoh sehingga 10 thn.
  • Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana R&D di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Kerajaan menyediakan sejumlah RM76 juta bagi memperkasa ekosistem aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.
  • Kerajaan pastikan tindakan diambil dalam tempoh 24 jam setelah terima aduan jalan berlubang di Jalan Persekutuan.
  • RM50 juta disediakan untuk merawat kawasan berkemalangan tinggi di Jalan Persekutuan
  • Kerajaan negeri harus manfaatkan peruntukan MARRIS berjumlah RM5.4 bilion bagi pastikan jalan dalam keadaan terbaik.
  • Fungsi Jabatan Bantuan Guaman akan diperkasa dalam membela nasib rakyat susah untuk dapatkan keadilan yang saksama.
  • Kerajaan menyediakan sejumlah RM76 juta bagi memperkasa ekosistem aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.
  • Kerajaan cadang potongan cukai tambahan sehingga RM300,000 ke atas perbelanjaan MRV berkaitan pembangunan projek karbon.
  • Kerajaan sedia peruntukan RM100 juta melalui Insentif Program Tanam Semula Sawit bagi membendung masalah sawit tua.
  • Kerajaan persekutuan bakal pelopori penerbitan sukuk biodiversiti sehingga RM1 bln yang melibatkan penanaman semula hutan terosot yang akan menjanakan kredit karbon
  • Dasar Peluang Kedua diperluas kepada golongan muda berusia 40 tahun ke bawah yang mempunyai hutang tidak melebihi RM200,000.
  • Cadangan pembangunan Pelabuhan Pulau Carey akan direalisasi melalui Request for Proposal dalam perkukuh peranan Pelabuhan Klang .
  • Sejumlah RM510 juta tersedia sebagai dana R&D di bawah Kementerian Sains, Teknologi & Inovasi serta Kementerian Pendidikan Tinggi.
  • Kerajaan menyediakan sejumlah RM76 juta bagi memperkasa ekosistem aktiviti penyelidikan, pembangunan, pengkomersialan dan inovasi.
  • Kerajaan sedia RM10 juta bagi membudaya pendayaciptaan dalam kalangan pemain industri melibatkan bidang teknologi E&E.
  • Agrobank sedia kemudahan pinjaman kepada pengusaha agromakanan dengan dana sehingga RM430 juta.
  • RM400 juta bagi melaksanakan Program Pengukuhan Keterjaminan Makanan.
  • Tambahan RM10 juta di bawah Kumpulan Wang Amanah Rakyat Malaysia Luar Negeri bagi mangsa sindiket penipuan pekerjaan & kes kebajikan lain di luar negara.
  • Kerajaan memperuntukkan RM90 juta kepada RISDA dan FELCRA untuk menggalakkan pekebun kecil mengoptimumkan penggunaan tanah ladang melalui penghasilan tanaman makanan dan ternakan.
  • Kerajaan setuju naikkan paras harga pengaktifan Insentif Pengeluaran Getah kepada RM3 sekilogram dengan peruntukan RM400 juta.

  • Pemberian rebat bil elektrik sehingga RM40 sebulan kepada isi rumah miskin tegar diteruskan dengan peruntukan RM55 juta.
  • RM26 juta diperuntukkan untuk mempergiat pelaksanaan inisiatif penyediaan perkhidmatan terus kepada rakyat.
  • Institusi pelaburan Bumiputera akan dipusatkan di bawah Yayasan Pelaburan Bumiputera.
  • Galakan cukai bagi wanita yang kembali bekerja dilanjutkan sehingga 31 Dis 2027.
  • RM1.6 bln kemudahan pinjaman, jaminan disedia untuk usahawan PMKS Bumiputera tingkat kapasiti, daya saing.

  • Peruntukan Persekutuan untuk pembangunan Sarawak meningkat kepada RM5.8 bilion berbanding RM5.6 bilion.
  • Peruntukan Persekutuan untuk pembangunan Sabah meningkat kepada RM6.6 bilion berbanding RM6.5 bilion.
  • Kerajaan sedia Dana Mudah Cara Peralihan Tenaga Negara dengan nilai keseluruhan berjumlah RM2 billion bagi menterjemah hasrat NETR.
  • Kerajaan perkenal Skim Galakan Pengunaan Motosikal Elektrik kepada rakyat berpendapatan tahunan RM120,000 ke bawah, dimana skim ini memberi rebat sehingga RM2,400 kepada pembeli.
  • Bagi tingkatkan tahap kecekapan perkhidmatan awam, pembangunan Indentiti Digital (IDN) akan disegerakan sebagai platform pengesahan diri.

  • Prasarana Malaysia Bhd setuju untuk memperoleh 150 bas elektrik dan membina tiga depoh bas dengan kos RM600 juta bagi menyokong keperluan projek LRT3.
  • Kerajaan sedia lanjut tempoh tawaran program Net Energy Metering (NEM) sehingga 31 Dis 2024 bagi menggalakkan lebih ramai memasang panel di premis kediaman.
  • Program Academy in Industry akan dilaksanakan, sediakan kemahiran sambil bekerja dalam tempoh sehingga 18 bulan dengan peruntukan RM70 juta.
  • Malaysia akan lancar tabung kemanusiaan bagi membantu warga Palestin dengan dana RM10 juta.

  • 100,000 topi keledar termasuk untuk kanak-kanak, diagih secara percuma kepada keluarga kurang mampu.
  • Kerajaan saran majikan swasta kaji kesesuaian saraan, ganjaran kepada pekerja, mengambil kira cabaran kos sara hidup semasa.

  • Peruntukan RM20 juta di bawah inisiatif Road to Gold sebagai persediaan untuk menggapai pingat emas pertama menjelang temasya Olimpik Paris 2024.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Loading...
Terkini