KUALA LUMPUR: Langkah segera bakal diambil bagi memacu pertumbuhan dan merancakkan industri pelancongan serta memastikan pemeliharaan biodiversiti di Pulau Langkawi, Kedah.
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi hantaran ringkas di Facebooknya berkata, beliau akan menyegerakan beberapa projek termasuk cabang universiti yang akan memberi manfaat kepada rakyat di pulau itu.
Anwar telah mengadakan mesyuarat bersama Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Langkawi (LADA) yang turut disertai Pegawai Daerah dan Ketua Polis Daerah Langkawi, menurut hantaran itu.-BERNAMA
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.