Oleh: Juliana Sharin
PETALING JAYA: Pegawai kanan polis yang terbabit kes langgar sehingga menyebabkan kematian pelajar berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Ipoh kelmarin akan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh, esok atas tuduhan membunuh.
Pejabat Peguam Negara menerusi kenyataan memaklumkan, suspek yang berusia 44 tahun itu akan dituduh secara tentatif di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana bunuh.
“Setelah membuat penelitian ke atas hasil siasatan dan keterangan dikemukakan dalam kertas siasatan, jabatan ini mendapati terdapat keterangan mencukupi bagi suatu kesalahan membunuh di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan terhadap suspek,” menurut kenyataan itu.
Mahkamah sama juga akan menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.
Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, 15 Disember lalu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie 17, dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor maut selepas motosikal ditunggangnya dilanggar dan diseret sebuah kereta di Jalan Taman Jati berhampiran SMK Jati di Meru, Ipoh.
| ARTIKEL BERKAITAN
- Pelajar maut dilanggar: Keluarga mangsa rayu saksi kejadian tampil, buat laporan polis
- Pelajar maut dilanggar: Polis jamin siasatan telus, sedia tukar pegawai penyiasat kes
- Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah
- Pegawai kanan polis langgar mati calon SPM ditahan
- Langgar mati pelajar: Ketua Polis Negara jamin siasatan telus, adil
- Pegawai polis direman kes langgar mati pelajar
- Pelajar maut dilanggar kereta: KPM ziarah keluarga petang ini, tawar kaunseling
- Kes pegawai kanan polis langgar pelajar: Saifuddin mahu polis diberi ruang lakukan siasatan
- Pelajar maut dilanggar: ’40 minit anak saya merintih depan mata saya’
- Langgar maut pelajar: Pegawai kanan polis negatif dadah
- Langgar maut pelajar: 22 saksi dirakam keterangan
- Langgar maut pelajar: Keluarga lantik peguam