comscore
Tumpuan :
Nasional

Langgar maut pelajar: Pertuduhan dikendalikan lapan Timbalan Pendakwa Raya

FOTO: NSTP

IPOH: Pertuduhan kes pegawai kanan polis Mohd Nazri Abdul Razak yang melanggar hingga mati pelajar Tingkatan 5 Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie berdekatan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati dekat Meru dikendalikan oleh lapan timbalan pendakwa raya (TPR).

Pasukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) itu diketuai oleh Azlina Rasdi; Khairul Azreem Mamat; Afzainizam Abdul Aziz; Saiful Akmal Mod Said; Nasrul Hadi Abdul Ghani; J S Geetha; Low Qin Hui, dan Wan Azimah Yaacob.

Tertuduh yang berpangkat Deputi Superintendan dari Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kedah itu diwakili peguam, Jacky Loi Yap Loong dari T.Y. Teh & Partners.

Mengikut kertas pertuduhan, Mohd Nazri didakwa menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran SMK Jati, dalam daerah Kinta, di sini, antara jam 12.05 tengahari hingga 12.40 tengah hari 15 Disember lalu.

Kesalahan itu memperuntukkan hukuman mati, atau penjara minimum 30 tahun dan tidak melebihi 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.

Tiada jaminan ditawarkan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini