Oleh: Hamdi Fahmi Mohamad Zaki
IPOH: Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak.
Pertuduhan terhadap Mohd Nazri Abdul Razak 44 tahun dilakukan di hadapan Majistret, S.Punitha.
“Bahawa kamu pada 15 Disember 2023 antara jam lebih kurang 12.05 tengah hari hingga 12.40 tengah hari, di Jalan Taman Jati 1, berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan Jati, di dalam Daerah Kinta, di dalam Negeri Perak Darul Ridzuan, telah melakukan bunuh dengan menyebabkan kematian terhadap Muhammad Zaharif Affendi Bin Muhd Zamrie.”
Pegawai kanan polis berpangkat Deputi Superintendan didakwa di Mahkamah Majistret Ipoh atas pertuduhan membunuh seorang pelajar tingkatan 5 Sekolah Kebangsaan Taman Jati Ipoh, Perak. pic.twitter.com/KLfuyh7DQj
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) December 18, 2023
Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh kerana kes itu berada bawah bidang kuasa mahkamah tinggi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari, Jumaat lalu, mangsa yang merupakan calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) maut di lokasi kejadian selepas motosikalnya dilanggar dari arah belakang oleh sebuah kereta.
Pertuduhan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan boleh dihukum mati, atau penjara minimum 30 tahun dan maksimum 40 tahun, dan jika tidak dihukum mati hendaklah juga dihukum dengan tidak kurang daripada 12 sebatan.
| ARTIKEL BERKAITAN
- [VIDEO] Langgar maut pelajar: Suasana hiba di pekarangan mahkamah
- [VIDEO] Langgar maut pelajar: Suspek akan didakwa di mahkamah pagi ini
- Langgar maut pelajar: Netizen sokong tindakan Jabatan Peguam Negara
- Pelajar maut dilanggar: Keluarga mangsa rayu saksi kejadian tampil, buat laporan polis
- Pelajar maut dilanggar: Polis jamin siasatan telus, sedia tukar pegawai penyiasat kes
- Polis siasat calon SPM maut dilanggar lari di depan sekolah
- Pegawai kanan polis langgar mati calon SPM ditahan
- Langgar mati pelajar: Ketua Polis Negara jamin siasatan telus, adil
- Pegawai polis direman kes langgar mati pelajar
- Pelajar maut dilanggar kereta: KPM ziarah keluarga petang ini, tawar kaunseling
- Kes pegawai kanan polis langgar pelajar: Saifuddin mahu polis diberi ruang lakukan siasatan
- Pelajar maut dilanggar: ’40 minit anak saya merintih depan mata saya’
- Langgar maut pelajar: Pegawai kanan polis negatif dadah
- Langgar maut pelajar: 22 saksi dirakam keterangan
- Langgar maut pelajar: Keluarga lantik peguam
- [KEMAS KINI] Langgar maut pelajar: Suspek didakwa esok atas tuduhan membunuh
- Langgar maut pelajar: Bapa Zaharif belum jamah makanan sejak peristiwa hitam
- Langgar maut pelajar: Keputusan Peguam Negara bukti siasatan polis telus – KPN
- Langgar maut pelajar: Pertuduhan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan pembelaan sewajarnya – peguam