comscore
Tumpuan :
Nasional

Langgar maut pelajar: Netizen sokong tindakan Jabatan Peguam Negara

Di Facebook Buletin TV3, rata-ratanya menyokong pertuduhan untuk mendakwa suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan lebih 400 komen dan 1,500 tanda suka dalam tempoh dua jam.

KUALA LUMPUR: Laporan berkaitan tindakan Jabatan Peguam Negara mengenai pendakwaan ke atas pegawai kanan polis di Mahkamah Majistret Ipoh esok atas kesalahan membunuh pelajar, Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie, 17, disambut pelbagai komen dan reaksi dalam kalangan warganet.

Di Facebook Buletin TV3, rata-ratanya menyokong pertuduhan untuk mendakwa suspek mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dengan lebih 300 komen dan 1,200 tanda suka dalam tempoh kurang dua jam.

Kebanyakan netizen menyokong keputusan Jabatan Peguam Negara itu sebagai langkah awal untuk menegakkan keadilan terutama bagi keluarga mangsa.

Berikut antara komen netizen dalam hantaran tersebut.

“Itulah yang sewajarnya, kami rakyat Malaysia menghormati peruntukan perundangan undang-undang negara,” kata Mohd Niezam Megat Latiffi

Muhammad Akhbar pula berharap agar Polis Diraja Malaysia (PDRM) menarik semula jawatan suspek yang merupakan pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan.

“Untuk bersihkan balik nama polis, kami rakyat Malaysia tak mahu seorang pegawai kanan polis tidak mempunyai kemanusian…sepatut nye polis jaga rakyat,” katanya.

Seorang lagi, Aziz Sos mengingatkan mereka yang berpangkat agar tidak berbuat sesuka hati.

“Habis nikmat yg Allah bagi semua tarik balik.. lepas ini baru nak sedar diri bila di bawah… bila di atas mendongak langit bertapa angkuhnya.. kejap Allah nak bagi kau susah,” katanya.

Terdahulu, Pejabat Peguam Negara dalam kenyataan memaklumkan, pihaknya mendapati terhadap keterangan mencukupi untuk mendakwa suspek yang berusia 44 tahun itu atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dituduh secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh esok, sebelum mahkamah sama menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi bagi tujuan perbicaraan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari Jumaat lalu, mangsa yang menunggang motosikal maut selepas dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor dari SMK Jati.

 

Peguam mewakili keluarga dari Tetuan Hafarizam Wan & Aisha Mubarak HWAM, Datuk Wan Azmir Wan Majid berkata, pendakwaan atas tuduhan membunuh adalah yang diharapkan keluarga bagi menuntut pembelaan yang adil atas kematian Muhammad Zaharif Affendi Muhd Zamrie.

“Sebenarnya arahan saya petang tadi adalah untuk memastikan pertuduhan yang adil dikenakan atas pelaku agar kalau pertuduhan di bawah seksyen 302 atas siasatan yang dibuat itu adalah yang terbaik.

“Saya rasa itu yang keluarga mahukan, mereka mahukan satu pertuduhan yang setimpal dengan apa yang telah terjadi” katanya ketika dihubungi Buletin TV3.

Tambahnya, beliau yang juga bertindak sebagai peguam pemerhati dalam kes itu nanti, akan memastikan pihaknya menyerahkan bahan bukti secukupnya kepada pihak pendakwaan di mahkamah kelak.

“Pelan seterusnya adalah untuk menjadi peguam pemerhati dalam kes tersebut, untuk memastikan bahan bukti yang secukupnya telah dihadapkan kepada pihak pendakwaan untuk kes dapat didakwa dengan terbaik.” katanya lagi.

Terdahulu, Pejabat Peguam Negara melalui kenyataan memaklumkan pihaknya mendapati keterangan mencukupi untuk mendakwa suspek yang berusia 44 tahun itu atas kesalahan membunuh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Suspek akan dituduh secara tentatif di Mahkamah Majistret Ipoh esok, sebelum mahkamah sama menetapkan tarikh untuk memindahkan kes ke Mahkamah Tinggi untuk perbicaraan.

Dalam kejadian kira-kira 12.30 tengah hari kelmarin, mangsa yang menunggang motosikal maut selepas dilanggar kereta ketika dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor dari SMK Jati.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini