comscore
Tumpuan :
Nasional

Langgar maut pelajar: 22 saksi dirakam keterangan

IPOH: Polis telah merakam keterangan 22 saksi bagi membantu siasatan kes kematian pelajar lelaki berusia 17 tahun yang didakwa dilanggar seorang pegawai kanan polis berhampiran Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru, Jumaat lalu.

Ketua Polis Perak, Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata 14 saksi tampil membantu siasatan dengan 13 daripanya terdiri pelajar dan orang awam.

Semuanya dirakam keterangan mengikut Seksyen 112 Kanun Acara Jenayah.

“Selain 14 saksi itu, polis turut merakam keterangan lapan lagi individu berkait kes ini, menjadikan keseluruhan 22 saksi sudah diambil keterangan sehingga kini,” katanya ketika dihubungi.

Dalam kejadian kira-kira jam 12.30 tengah hari, 15 Disember lalu, Muhammad Zaharif Affendi Muhd ​​Zamrie dimaklumkan dalam perjalanan pulang ke rumah di Chemor dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Jati di Meru.

Difahamkan, sebelum kejadian, tercetus pertengkaran membabitkan anggota polis tersebut yang memandu Perodua Ativa dan remaja terbabit yang dikatakan membuat bunyi bising menggunakan motosikalnya.

Susulan itu, pegawai polis berpangkat Deputi Superintendan itu dilaporkan mengejar mangsa hampir satu kilometer sebelum merempuh pelajar terbabit dari arah belakang.
Akibat rempuhan itu, mangsa terjatuh sebelum diseret hampir lima meter dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hasil bedah siasat terhadap mangsa di Hospital Raja Permaisuri Bainun mendapati punca kematiannya disebabkan kecederaan pada bahagian dada dan perut akibat kemalangan itu.

Polis menahan pegawai kanan polis terbabit, pada hari sama dan direman tiga hari sehingga esok bagi membantu siasatan.

| ARTIKEL BERKAITAN

Loading...
Terkini