Tumpuan :
Nasional

Landasan di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim ditutup sementara

Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim

ALOR SETAR: Susulan kejadian banjir yang menyaksikan paras air di sini semakin terus meningkat, Malaysia Airport telah mengeluarkan Notis kepada Juruterbang (NOTAM) di Lapangan Terbang Sultan Abdul Halim (AOR) hari ini, dan menutup landasan di lapangan terbang itu buat sementara waktu.

Malaysia Airport berkata terminal lapangan terbang itu bagaimanapun tetap dibuka.

“Semua penumpang dinasihatkan menyemak dengan syarikat penerbangan mereka untuk mendapatkan maklumat penerbangan terkini untuk perjalanan ke dan dari AOR. Nantikan maklumat terkini selanjutnya, dan lalui perjalanan yang selamat,” katanya.-BERNAMA

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini