KUALA LUMPUR: Pasukan pelambai yang terdiri daripada kakitangan pelbagai kementerian antara yang bertuah kerana berpeluang terlibat dalam acara lambaian kasih sempena Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan dan Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah, hari ini.
Barisan Pasukan Pelambai dari Putrajaya mula membanjiri bahu jalan perkarangan pintu masuk Parlimen, Kuala Lumpur bersempena dengan Istiadat Keberangkatan Balik Yang di-Pertuan Agong ke-16, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, hari ini. pic.twitter.com/7Jg1qZ56Nw
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 30, 2024
Pasukan pelambai seramai 3,650 ini, mula tiba di pekarangan luar pintu masuk Parlimen seawal jam 6 pagi dengan bas yang disediakan.
Wajah ceria pasukan pelambai dapat dirakam oleh wartawan Buletin TV3 ketika mereka sedang membuat persiapan.
Acara kemuncak akan bermula pada pukul 10 pagi dari Dataran Parlimen ke Bulatan Dato’ Onn sebelum Seri Paduka Baginda berdua berlepas ke Kompleks Bunga Raya, Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.