Oleh: Fahiz Ariff
KUALA LUMPUR: Wajah ceria dan kasih rakyat jelata mengiringi Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di perkarangan pintu masuk Parlimen, di sini hari ini.
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah tiba pada jam 8:34 pagi.
Wajah ceria dan kasih rakyat jelata mengiringi Istiadat Keberangkatan Balik Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong ke-16 dan Seri Paduka Baginda Raja Permaisuri Agong di perkarangan pintu masuk Parlimen, hari ini. pic.twitter.com/C6pf01ZUna
— Buletin TV3 (@BuletinTV3) January 30, 2024
Keberangkatan tiba baginda berdua disambut Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta pemimpin lain.
Al-Sultan Abdullah akan menamatkan pemerintahan sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-16 hari ini, selepas bersemayam di atas takhta kerajaan Malaysia selama lima tahun, bermula 31 Januari 2019.
Susulan itu, Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong ke-17 dan akan bersemayam lima tahun berkuat kuasa esok.
Majlis Raja-Raja bersetuju mengisytihar Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah sebagai Timbalan Yang di-Pertuan Agong juga selama lima tahun dan mulai dari tarikh sama.
BERITA MENYUSUL
Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.