PETALING JAYA: Laluan masuk ke kawasan Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara telah dibuka semula dan orang ramai boleh memasuki kawasan perindustrian dengan pemantauan secara berkala oleh unit peronda polis (MPV).
Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata, bacaan indeks pencemaran telah menunjukkan penurunan ke tahap normal jam 5.30 petang tadi.
Terdahulu media melaporkan Taman Perindustrian Jaya di Ara Damansara ditutup selepas dikesan terdapat kebocoran gas Ammonia di kilang memproses ais, semalam.