comscore
Tumpuan :
Nasional

Laluan KM66.1 Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak dibuka semula

KUANTAN: ANIH Berhad mengumumkan pembukaan semula Kilometer 66.1 Lebuh Raya Kuala Lumpur-Karak berhampiran Plaza Tol Bentong bermula jam 9.30 pagi tadi, susulan kejadian tanah mendap pada Selasa lalu.

ANIH Berhad dalam kenyataan hari ini memaklumkan bahawa pembukaan itu selepas langkah komprehensif diambil dan usaha penilaian yang sewajarnya dilaksanakan.

“Tindak balas daripada pasukan ANIH bersama-sama dengan sokongan pihak yang berwajib memainkan peranan penting dalam menyelesaikan keadaan dengan pantas semasa usaha pemulihan,” katanya.

Anih dalam kenyataannya turut menasihatkan agar semua pengguna jalan raya mematuhi had laju yang ditetapkan dan berhati-hati semasa memandu di KM66.1.

“Tanggungjawab kolektif ini untuk memastikan perjalanan yang lancar dan selamat untuk semua ” katanya.

Bagi mendapatkan informasi tepat dan terkini, pengguna disarankan untuk mengikuti saluran rasmi media sosial ANIH Berhad di Facebook (@Lebuhraya Pantai Timur) dan Twitter, (@LPTTrafik) serta Lembaga Lebuhraya Malaysia di Twitter (@llmtrafik) dan Facebook (@Lembaga Lebuhraya Malaysia).

Untuk sebarang kecemasan, sila hubungi LPT-Line di 1-700-818-700 atau LLM di 1800-88- 7752.

Selasa lalu, mendapan tanah yang berlaku kira-kira jam 8.30 malam itu menyebabkan penutupan kedua-dua arah Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak, namun tidak membabitkan kemalangan jiwa.

Artikel berkaitan : [VIDEO] Runtuhan terowong ECRL punca tanah mendap di Lebuhraya Karak

Loading...
Terkini