Tumpuan :
Nasional

Laluan ke Tambak Johor dijangka sesak esok

Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi – FOTO: NSTP

JOHOR BAHRU: Laluan ke Tambak Johor dijangka mengalami kesesakan lalu lintas esok, berikutan sambutan meraikan 100 tahun Tambak Johor dibina.

Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, sambutan yang dibuat di Tambak Johor itu akan berlangsung sekurang-kurangnya satu jam bermula jam 8.30 pagi hingga jam 9.30 pagi.

“Pengguna laluan Tambak Johor yang terbabit dinasihatkan supaya keluar lebih awal dan merancang perjalanan dengan sebaiknya,” katanya menerusi satu notis pemberitahuan di Facebooknya, hari ini.

Notis pemberitahuan program meraikan 100 tahun Tambak Johor esok. FOTO: Facebook/ Onn Hafiz Ghazi

Beliau turut mendoakan semoga dipermudahkan segala urusan.

Onn Hafiz akan menghadiri Majlis Sambutan 100 Tahun Perasmian Tambak Johor dan dijangka turut berangkat, Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail.

Pameran bersempena 100 Tahun Perasmian Tambak Johor itu juga akan diadakan di Muzium Tokoh Johor yang memaparkan sejarah terperinci dari mula pembinaan Tambak Johor sehinggalah beroperasinya binaan ikonik berkenaan.

Loading...
Terkini