comscore
Tumpuan :
Nasional

Lakaran sejarah bawang Malaysia

Petani bawang pertama di Malaysia, Tan Cheng Choy, menunjukkan rumah pengeringan bawang di ladangnya di Kampung Ladang Bikam, dekat Sungkai. FOTO: NSTP

PETALING JAYA: Kisah kejayaan petani bawang pertama di Malaysia, Tan Cheng Choy yang berjaya menuai hasil pertama lebih daripada 2 tan metrik menerusi projek rintis tanaman itu di kampung Ladang Bikam, Batang Padang, Perak pada 3 April lalu, menjadi antara paparan dalam Majalah 3, malam ini.

Tan Cheng Choy atau mesra disapa Ah Choy, 56 berkata beliau bangga dapat menyumbang tenaga dalam projek rintis berkenaan.

Mengimbas kembali detik awal penyertaannya, Ah Choy berkata dia dipelawa oleh Jabatan Pertanian untuk menguji penanaman bawang bawang merah yang dikaji oleh Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI).

Foto hiasan”Sebelum ini saya mengusahakan tanaman sengkuang selama 30 tahun, apabila Jabatan Pertanian pelawa saya untuk menjadi perintis projek tanaman bawang merah, saya terus terima kerana ia peluang untuk memperluaskan bidang pertanian yang saya ceburi,” katanya.

Beliau berkata, kawasan tanaman bawang dengan penyediaan 75 batas itu membabitkan tiga fasa penanaman, menggunakan lebih 1.5 tan metrik benih bebawang bermula pada 24 Januari lalu.

Bawang merah yang ditanam Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI). FOTO: NSTP

Laporan Majalah 3 turut menyingkap sejarah bawang di Malaysia, yang mana kajian berkaitan tanaman itu telah dijalankan sekitar 1980-an oleh MARDI, namun terpaksa dihentikan ketika itu disebabkan kos yang tinggi. Namun, penyelidikan tanaman bawang merah ini dimulakan kembali pada tahun 2020.

Sebelum projek rintis petani di Kampung Ladang Bikam, Batang Padang, Perak, MARDI telah menjalankan kajian tanaman bawang merah di atas tanah MARDI Serdang Selangor, MARDI Bachok Kelantan dan MARDI Pontian Johor.

Saksikan Majalah 3 ‘Lakaran Sejarah Bawang Malaysia’ dan ‘Kupang Beracun’ pada jam 9 malam ini di TV3.

Langgan TontonUp untuk eksklusif episod penuh Majalah 3 di Tonton.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini