comscore
Tumpuan :
Nasional

Peniaga wanita maut ditimpa pokok

Oleh: Mohd Ishak Abdillah Ngah

KEMAMAN: Kejadian pokok tumbang di Pantai Penunjuk Kijal, di sini, menyebabkan seorang peniaga wanita maut.

Kejadian berlaku jam 6.15 petang tadi.

Mangsa dikenali sebagai Saleha Ashaari, 45 tahun.

Ketika kejadian, hujan sederhana lebat dan mangsa dilaporkan sedang berniaga.

Mangsa dilaporkan mengalami kecederaan parah di kepala dan badan, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Kemaman, untuk tindakan lanjut.

Sementara itu, di Kampung Penunjuk Darat berlaku kejadian ribut menyebabkan beberapa buah rumah penduduk rosak teruk manakala bumbung rumah tercabut.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini