Tumpuan :
Nasional

[VIDEO] Kuota minyak masak kekal 60,000 tan sebulan


BESUT: Kuota minyak masak bersubsidi kekal kepada 60,000 tan sebulan sebagaimana sebelum ini.

Perkara itu dinyatakan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub.

Menurut beliau setakat ini, keputusan itu kekal seperti yang diputuskan kabinet.

Sebelum ini, KPDN memberi bayangan untuk menurunkan kuota minyak masak bersubsidi kepada 40,000 tan sebulan, berbanding 60,000 tan sebulan ketika ini.

Langkah itu berikutan kuota sedia ada tidak dapat dipenuhi syarikat pembungkus yang boleh menyebabkan berlaku kekurangan bekalan di pasaran.

Beliau menyatakan perkara tersebut selepas pelancaran program Jualan Rahmah dan pematuhan pelaksanaan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) di Besut.

Sementara itu, beliau berpuas hati dengan pelaksanaan Payung Rahmah yang mampu mewujudkan beberapa rantaian inisiatif lain untuk disampaikan kepada golongan yang memerlukan.

Menerusi program Jualan Rahmah di pasaraya, ia menawarkan harga 50 barangan keperluan sehingga 30 peratus lebih rendah berbanding pasaran.

Loading...
Terkini