Tumpuan :
Nasional

Kunjungan Mirziyoyev kukuhkan hubungan Malaysia-Uzbekistan – Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev di Menara Menara Berkembar Petronas (KLCC) bersempena lawatan negara Presiden itu ke Malaysia.-FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

KUALA LUMPUR: Lawatan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev ke Malaysia disifatkan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai kunjungan yang mampu memperkukuhkan hubungan akrab kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.

Anwar menerusi hantaran di Facebook turut menzahirkan keyakinan bahawa kunjungan Mirziyoyev itu mampu memberi manfaat yang maksimum kepada Malaysia serta rakyat.

 

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim bergambar bersama Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev di Menara Menara Berkembar Petronas (KLCC) bersempena lawatan negara Presiden itu ke Malaysia.-FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

“Insya-Allah, hubungan Malaysia dan Uzbekistan akan terus erat dan diperhebat sebaiknya,” katanya.

Mirziyoyev tiba di Malaysia kelmarin untuk lawatan rasmi selama dua hari atas jemputan Perdana Menteri.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meraikan Presiden Uzbekistan Shavkat Mirziyoyev dalam majlis makan malam, bersempena lawatan negara Presiden itu ke Malaysia.-FOTO FACEBOOK ANWAR IBRAHIM

Sebelum berlepas pulang, Mirziyoyev diraikan Anwar dalam satu majlis makan malam di Menara Menara Berkembar Petronas (KLCC) di sini.

Ikuti sekarang! WhatsApp Channel rasmi Buletin TV3 untuk berita terkini setiap masa.

Loading...
Terkini