comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuman sudah merebak ke seluruh badan – Pengurus

PETALING JAYA: Penyanyi veteran Rohana Jalil dilaporkan lemah dan masih memerlukan pemantuan pakar.

Pengurus kepada penyanyi itu yang hanya dikenali dengan panggilan Jepun memaklumkan Rohana kini sedang menerima rawatan di Hospital Canselor Tuanku Muhriz (HCTM) Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Cheras.

Difahamkan Rohana atau nama sebenarnya Dara Abdul Jalil 68 tahun berada dalam keadaan stabil namun tubuhnya terlalu lemah selepas disahkan mengalami kebocoran usus.

“Doktor beritahu saya yang kuman sudah merebak ke paru-paru dan buah pinggang. Mereka khuatir jantungnya boleh berhenti bila-bila masa,” katanya kepada NST.

Jepun juga memaklumkan bahawa penyanyi berkenaan pernah menjalani permbedahan bariatrik dua tahun lalu bagi merawat masalah gastrik.

“Namun pihak hospital tidak memaklumkan kepada kami mengenai keadaan usus Rohana pada ketika itu.

“Mereka hanya memberinya antibiotik tetapi tidak disuruh untuk merujuk perkara itu kepada pakar.

Media sebelum ini melaporkan Rohana dimasukkan ke hospital itu pada 18 April lalu kerana mengalami kebocoran usus.

Juara Bintang RTM 1980 itu menerima kehadiran Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang berkesempatan menziarahinya pada 23 April lalu.

Loading...
Terkini