GOMBAK: Seorang pemilik kucing terpaksa meminta bantuan bomba selepas kaki haiwan peliharaan miliknya tersangkut pada sinki bilik air di sebuah rumah di Taman Regency, di sini hari ini.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata, sebuah jentera dari Balai Bomba Penyelamat Rawang dikerah ke lokasi sejurus menerima panggilan jam 4.20 petang.
“Selepas membuat pemeriksaan mendapati kaki seekor kucing terperangkap dalam lubang sinki di bahagian tandas rumah.
“Anggota menggunakan peralatan khas mengumpil lubang sinki dan berjaya mengeluarkan kaki kucing yang tersepit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Menurutnya, kucing berkenaan diserahkan kepada pemiliknya tanpa sebarang kecederaan.