comscore
Tumpuan :
Nasional

Kuatkuasa Larangan Bawa Telefon Bimbit Ketika Mengundi

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim. – Foto: NSTP

KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) digesa supaya menguatkuasakan undang-undang bagi melarang pengundi membawa telefon bimbit ke pusat mengundi pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Presiden Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW), Jais Abdul Karim, berkata ini kerana telefon bimbit berisiko menjadi alat yang membolehkan berlakunya rasuah, sekali gus melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya 1954.

“Telefon bimbit seharusnya tidak boleh dibawa masuk ke tempat mengundi kerana mereka boleh mengambil gambar kertas undi bagi menuntut bayaran daripada parti yang diundi.

“Malah melalui akta kesalahan pilihan raya menetapkan bahawa membawa keluar kertas undi dari pusat mengundi adalah satu kesalahan.

“Justeru, foto kertas undi membawa dua kesalahan besar dalam sistem pilihan raya di Malaysia,” katanya di Facebook.

Pada masa sama, Jais berkata, SPR disaran supaya menyediakan notis peringatan berhubung larangan membawa telefon bimbit ke dalam pusat mengundi secara meluas selain menyediakan sistem penyimpanan telefon bimbit yang selamat.

“Individu yang membawa telefon bimbit ke pusat pengundian perlu meninggalkannya di luar dan boleh mengambil semula selepas selesai mengundi.

“Namun adalah lebih baik bagi mereka meninggalkan telefon bimbit di rumah atau kenderaan dan jangan bawa ke tempat mengundi,” katanya.

Loading...
Terkini